Jodoh Pemain Import Baharu Selangor FC

KUALA LUMPUR: ‘Jodoh’ pemain import baharu Selangor FC, Manuel Konrad bersama pengendali The Red Giants, Karsten Neitzel terus berpanjangan selepas mereka sekali lagi akan berg4ndingan dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Ini kerana Manuel yang lebih mesra disapa dengan Manu itu adalah bekas pemain Karsten ketika dia mengendalikan pasukan Freiburg dan pengendali dari Jerman itu mengakui kehadiran Manuel dapat membantu mengukuhkan jent3ra tengah pasukan.

“Saya sudah meny4ksikan Manu di SC Freiburg selama dua tahun dan sudah hampir 12 tahun berlalu. Saya yakin kemampuan dan kebolehan yang dimilikinya mampu menguatkan pasukan Selangor FC bersama pemain lain.

“Dia seorang pemain yang serba boleh terutamanya di bahagian tengah. Tidak dinafikan dia juga memiliki svsuk fizikal yang bagus dan mempunyai semangat berpasukan yang baik.

“Saya yakin apabila dia mencapai 100 peratus tahap kecergasan, dia akan menunjukkan prestasi maks!mumnya di atas padang,” kata Karsten.

Ini kali pertama dia ber4ksi di Asia memandangkan kariernya sebelum ini lebih tertvmpu di Jerman apabila dia ber4ksi bersama SC Freiburg, SpVgg Unterhaching, Frankfurt, Dynamo Dresden dan KFC Uerdingen 05.

Sebagai r3kod, pemain berusia 32 tahun itu adalah pemain import terakhir skuad Merah Kuning musim ini sekali gus melengkapkan kuota import bagi mengh4rungi sa!ngan liga yang akan membuka tirainya, minggu depan.

Manuel menjadi pemain import ketiga yang ‘dip4ncing’ dari Eropah selepas mereka berjaya meng!kat Tim Heubach dan Oliver Buff selain Ifedayo Olusegun yang mengisi kuota import Asia sementara kuota ASEAN menjadi milik Safuwan Baharudin.

Sumber BH