Kalau Dia Tak Datang Kena Cari Yang Lain

KUALA LUMPUR: Hanya Kuala Lumpur (KL) menjadi satu-satunya pasukan dalam sa!ngan Liga Super sehingga kini masih belum melantik secara rasmi jurulatih baharu daripada 12 yang bakal ber3ntap pada musim depan bermula pada Februari ini.

Walaupun sudah mendapat persetujuan untuk melantik Simon Elissetche sebagai ketua jurulatih baharu, namun pengendali dari Chile itu masih belum melaporkan diri bersama skuad The City Boys.

Setiausaha Agung Persatuan Bolas3pak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustafa ketika mengesahkan perkembangan itu semalam berkata setakat ini Elissetche juga masih belum menandatangani kontrak rasmi bersama pasukan itu.

Justeru, wujud kebimbangan dalam kalangan penyokong skuad warga kota mengenai perancangan skuad terbabit selepas pasukan lain dilihat sudah mula menjalankan persiapan masing-masing menjelang s3pak mula Liga Malaysia (Liga M) dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

Sekiranya KL sah melantik Elissetche sebagai jurulatih baharu mereka, ia bakal menyaksikan sa!ngan Liga Super akan dihiasi dengan tujuh jurulatih import.

Justeru, hanya Zainal Abidin Hassan (Melaka), P Maniam (PJ City), Dollah Salleh (Pahang), Nafuzi Zain (Terengganu FC) dan Lucas Kalang Laeng (Sabah) akan membawa cab4ran sebagai pengendali tempatan dalam liga utama itu.

Pasukan JDT, Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang sebelum ini masing-masing melantik jurulatih asing.

JDT dibimbing Benjamin Mora sebagai pembimbing manakala Kedah (Aidil Sharin Sahak), Perak (Mehmet Durakovic), Selangor (Karsten Neitzel), Pulau Pinang (Tomas Trucha) dan UiTM FC (Frank Bernhardt).

Mengulas lanjut, Nokman bagaimanapun menganggap masih belum terlambat untuk pasukannya mempersiapkan diri untuk musim depan sementara menunggu jurulatih baharu menyertai skuad itu.

“Saya rasa tak terlambat lagi sebab sa!ngan pun lambat lagi. Bulan ini pun nak berlatih tak boleh sebab PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) sampai 20 Disember dan kita tak tahu ia akan dilanjutkan lagi atau tidak selepas itu,” katanya kepada BH semalam.

“Sebab itu, awal Januari baru kita nak tandatangan semua pemain. Pemain lama sudah ada, cuma pemain baharu saja belum ada lagi. Kita tunggu jurulatih datang dulu.

“Kalau ikutkan dia kata nak datang dalam pertengahan bulan ini. Kalau dia datang baguslah, tapi kalau dia tak datang kita kena cari jurulatih lain dan kita pun belum ikat kontrak lagi.

“Kita tiada masalah sebab jurulatih lama, Nidzam Adzha Yusoff masih bersama kita dan dia boleh uruskan (perancangan pasukan) sementara tunggu jurulatih baharu datang,”.

Sumber-BH