Kant0i, Tindakan Seorang Pelancong

Rome: Tindakan seorang pelancong Austria yang mer0sakkan patung bersejarah ketika mengambil gambar dikenal pasti selepas meninggalkan maklumat peribadi sebagai peraturan baharu memasuki muzium itu akibat Covid-19.

Aksi lelaki berusia 50 tahun yang sibuk bergambar di hadapan arca itu dirak4m kamera litar tertutup Muzium Gipsoteca di Possagno, Itali menyebabkan tiga jari kaki arca patung wanita itu rosak.

Lelaki itu memakai kemeja-T hijau terang dan seluar pendek hitam dilihat sempat meninjau bahagian kaki arca berkenaan.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mengaku apa yang dilakukannya kemudian berjalan-jalan santai dan melar!kan diri.

Pencinta sejarah yang mar4h arca itu dirosakkan menuntut supaya lelaki itu dikenakan tindakan.

Arca patung Paolina Bonaparte berusia 200 tahun itu adalah karya Antonio Canova.

Penyiasat memberitahu CNN kemungkinan ada ker0sakan lebih lanjut pada patung itu yang memerlukan kepakaran daripada pihak muzium.

Presiden Yayasan Antonio Canova, Vittorio Sgarbi menulis di Facebooknya bahawa lelaki itu perlu dikenakan hukvman dan tidak dibenarkan kembali ke tanah airnya. – Agensi

Sumber-MH