Kasian Adik Ni “Berharap Perkongsian Dapat Memberi Pengajaran”

Kuala Lumpur: “Saya dan suami kesal dengan apa yang berlaku serta menuntut pihak klinik supaya bertanggungjawab,” luah ibu empat anak, Rosnah Musa.

Rosnah, 35, yang menetap di Taman Seri Melur, Ayer Tawar, Perak memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah anak keduanya, Muhammad Adly Hadi Adzrul Effendie ,8, yang dimasukkan ke Hospital Ipoh sejak 18 Disember selepas mengalami b3ngkak yang serius pada bahagian alat sul!t.

Menurut Rosnah, keadaan itu berlaku selepas Muhammad Adly berkhatan dengan kaedah ‘kl4mp’ (penggunaan klip) di sebuah klinik swasta di Seri Manjung pada 13 Disember lalu.

“Selepas berkhatan di klinik berkenaan, saya dan suami terus membawa anak pulang ke rumah.

“Pada hari pertama dan kedua, kami dapati ada perubahan pada alat sul!t Muhammad Adly iaitu saiznya pendek berbanding asal serta kepala z4kar kelihatan senget ke kiri.

“Selain itu, anak saya sering meng4du s4kit, berasa t4kut dan menangis setiap kali mahu membuang air k3cil.

“Keadaan ini merisaukan saya dan suami kerana ia sesuatu yang tidak normal tetapi kami mulanya positif saja tetapi jadi tidak sedap hati apabila alat sul!t Muhammad Adly mula memb3ngkak pada malam hari ketiga selepas kl!p ditanggalkan pada paginya (16 Disember) di klinik swasta berkenaan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Rosnah berkata, doktor di klinik berkenaan ada memberi ubat namun keadaan alat sul!t anaknya jadi semakin memb3ngkak dan berd4rah.

“Pada waktu itu, saya dan suami menyedari alat sul!tnya tenggelam jadi tanpa berl3ngah, kami terus membawanya ke Hospital Seri Manjung (HSM).

“Pemeriksaan lanjut mendapati alat sul!tnya tenggelam dan bahagian kulit (alat sul!t) habis dip0tong serta anak saya terpaksa dib!us bagi membolehkan doktor membersihkan d4rah beku di wad pemb3dahan keesokan harinya (17 Disember),” katanya.

Berikutan lvka yang tidak sembuh ,Muhammad Adly kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ipoh untuk pemb3dahan menampal kulit alat sul!t.

“Saya dan suami ada bertanya dengan doktor pakar dan dimaklumkan jika sembuh sekalipun, Muhammad Adly kemungkinan perlu menjalani pemb3dahan dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi bergantung keadaannya.

“Satu lagi kemungkinan adalah alat sul!tnya cac4t kekal dan sudah tentu kami bimbang memikirkan masa depannya apabila dewasa nanti.

“Kami sudah pergi bersemuka dengan doktor berkenaan namun dia hanya berdiam tanpa memberi alasan dan jawapan meyakinkan,” katanya.

Berkongsi perkembangan terkini Muhammad Adly, Rosnah berkata, anaknya dalam keadaan sedar tetapi masih tr4uma dengan apa yang berlaku.

Katanya, Muhammad Adly juga akan menjalani satu lagi pemb3dahan hari ini dan berikutan apa yang terjadi,suaminya sudah membuat laporan di Balai Polis Sitiawan, semalam.

“Kami serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan si4satan sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

“Tujuan saya memuat naik hantaran di Facebook (Fb) tempoh hari bukan untuk membvrukkan sesiapa tetapi sekadar meluahkan kekec3waan saja.

“Diharap, perkongsian itu memberi pengajaran kepada ibu bapa di luar sana untuk berhati-hati terutama dalam musim berkhatan ini supaya tidak menerima nasib yang sama,” katanya.

Sumber-MH