Keadaan Ayah Dan Keluarga Arw4h Siti Surya Selepas Kejadian Itu

Kuala Terengganu: Keluarga Siti Nur Surya masih lagi tr4uma dan tidak mampu menjejakkan kaki ke kediaman mereka di Kampung Lubuk Batu, Telemong yang menjadi lokasi pembvnuhan tr4gis gadis itu, Ahad lalu.

Bapa arw4h Ismail Muda, 58, berkata, selepas kejadian ng3ri yang menimpa anak kelima daripada tujuh beradik itu, mereka sekeluarga belum mendapat kekuatan untuk pulang ke kediaman mereka dan kini tinggal buat sementara waktu di rumah datuk arw4h di Kampung Beladau Selat, Kepong di sini.

“Masih terbayang di ingatan saya keadaan kakak (Siti Nur Surya) yang berlumuran d4rah ketika ditemui di ruang tamu rumah. Itulah yang menyebabkan saya sendiri belum mampu balik ke rumah di Telemong selepas kejadian itu.

“Hanya anak-anak lelaki sahaja yang berulang-alik melihat rumah dan mengambil barang keperluan seperti pakaian, namun tiada siapa yang sanggup bermalam di sana buat masa ini.

“Di samping itu, keadaan isteri saya (Zaini Musa, 55) yang terlantar s4kit akibat k4nser otak menyebabkan saya tidak boleh tinggalkan dia dalam tempoh yang lama.

“Sebelum ini, kalau saya pergi ke mana-mana arw4h kakak yang akan jaga, tapi bila dia tiada saya terpaksa menguruskan sendiri isteri dengan bantuan anak-anak yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, Ismail menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh.

Dalam kejadian Ahad lalu, mayat Siti Nur Surya, 19, ditemukan dengan kesan tet4kan pada badan serta putvs tangan kiri di ruang tamu rumah oleh adik perempuannya, Nor Liyana Syuhada, 15, semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang juga rakan sekolah arw4h dir3man tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membolehkan polis menjalankan sias4tan mengikut S3ksyen 302 K4nun Kes3ksaan.

Sementara itu, abang arwah Muhammad Faris Akram, 23, berkata, meskipun sudah lima hari kejadian hitam itu berlaku, ibu mereka masih lagi tercari-cari Siti Nur Surya walaupun beberapa kali dimaklumkan arw4h sudah tiada.

“Sebelum ini, arw4h yang biasa menguruskan emak dan antara anak yang paling rapat dengan emak. Apabila orang lain yang mengambil alih tugas, emak akan bertanya kakak pergi ke mana? “Tetapi ketika emak ingat kakak sudah meninggal dun!a dia akan sedih dan termenung,” katanya.

Sementara itu, Hanafiah berkata, pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga m4ngsa dan susp3k yang masih travma dengan kejadian itu.

Sumber-MH