Kehadiran Yang Akan Memberi Sa!ngan Sengit

KUALA TERENGGANU: Benteng skuad Terengganu FC (TFC) bertambah kebal apabila skuad dari Pantai Timur itu meng!kat seorang lagi pemain muda berusia 22 tahun, Azarul Nazarith Azhar bagi mengh4rungi cab4ran Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Bekas pemain FELDA United kelahiran Kuala Lumpur yang diik4t kontrak setahun itu adalah pemain baharu ketujuh dis4mbar skuad Penyu kendalian Nafuzi Zain.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan media TFC hari ini, pemain itu bakal mengisi posisi pertahanan kiri selain mampu beraksi di bahagian sayap.

“Pemain ini melakukan 11 penampilan bersama pasukan The Fighters musim ini selain mendapat panggilan untuk menganggotai skuad bawah 22 tahun kebangsaan.

“Apa yang kita harapkan pemain itu mampu memikul tanggungjawab di posisi berkenaan lebih-lebih lagi TFC bakal bers4ing dalam kancah Piala AFC selain Liga M musim depan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, TFC sudah meng!kat kontrak tiga pemain kelahiran Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Mohamad Hakimi Abdullah.

TFC turut menandatangani bekas pemain sayap Pahang, Faisal Abdul Halim, Muhamad Arif Mohamed Anwar (UiTM) dan bekas kapten UKM FC, Asnan Ahmad.

Kehadiran Azarul dijangka memberi sa!ngan s3ngit kepada pemain sedia ada yang beraksi di posisi berkenaan, Arif Fadzilah Abu Bakar.

Sumber-BH