Kehadiran Yang Diharap Mampu Memberi Kekuatan

Kuantan: Skuad Pahang akan menampilkan 80 peratus anak jati Pahang bagi menghadapi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ia termasuk penyenaraian empat pemain kelahiran Pahang yang sebelum ini berkelana bersama pasukan luar dalam usaha memperkasakan skuad Tok Gajah sekali gus tampil lebih gagah.

Mereka adalah Abdul Malik Mat Ariff yang pernah menyarung jersi Kuantan FA dan Terengganu FC (TFC), Shahrul Aizad Zulkifli (TFC/Felda United FC), Baqiuddin Shamsudin (UKM FC) dan Muhammad Jadid Ilias (Felda United).

Mengulas senarai empat pemain itu, pengurus pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kehadiran mereka diharap memberi kekuatan di bahagian tengah dan pertahanan Tok Gajah musim 2021.

Katanya, pengalaman dimiliki mereka juga diyakini dapat membantu terutama dengan sokongan dan kerjasama pemain sedia ada Pahang termasuk import.

“Kehadiran empat pemain ini melengkapkan 80 peratus pemain yang berasal dari Pahang. Daripada segi pengurusan, kita sememangnya mahu menyenaraikan lebih ramai anak jati Pahang berada dalam skuad Tok Gajah.

“Musim 2021 juga diharap Pahang akan memberikan tentangan terutama diperkuatkan juga dengan pemain import baharu,” katanya.

Bagi sa!ngan musim depan, setakat ini, Pahang mengesahkan Sergio Aguero dan Lee Tuck antara dua import baharu memperkuatkan j3ntera ser4ngan dan tengah.

Hanya pemain import dari Perancis, Herold Goulon yang beraksi di posisi pertahanan yang beraksi musim ini dikekalkan.

Difahamkan, Pahang kini masih berusaha mengisi dua lagi kuota import, masing-masing seorang dari Asia dan Asia Tenggara di bahagian ser4ngan dan pertahanan.

Antara pemain Asia yang menjadi tumpuan ialah dari Korea Selatan, Australia, Palestin, Lubnan dan Jepun manakala dari Asia Tenggara pula antaranya dari Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia dan Singapura.

Sumber-MH