Kehadiran Yang Dilihat Tepat Pada Masanya

Kuala Lumpur: Kehadiran arkitek baru Selangor FC, Oliver Buff mampu mencorakkan ser4ngan pasukan mengikut DNA bola s3pak Jerman yang dimahukan pengendali pasukan, Karsten Neitzel.

Menurut jurulatih itu, beliau sudah lama memerhati gaya permainan Buff dan mengakui meminati pemain tengah berusia 29 tahun itu.

Katanya, bekas pemain Real Zaragoza di La Liga Sepanyol itu dilihat cukup sesuai dengan falsafah bola s3pak yang cuba diterapkannya musim ini.

“Meskipun ini adalah kali pertama saya bekerjasama dengan Buff, saya telah mengenalinya serta memantau perkembangannya untuk tempoh yang lama sejak dia masih menjadi pemain remaja FC Zurich.

“Buff adalah seorang pemain yang mempunyai ketenangan, mampu membaca permainan dengan baik dan berkebolehan beraksi dengan baik dalam merencana ser4ngan dan pertahanan pasukan,” katanya.

Kejayaan meng!kat Buff dilihat tepat pada masanya bagi mengukuhkan lagi jent3ra tengah skuad Red Giant selepas ketiadaan Sandro da Silva yang menyertai Sarawak United musim ini.

Pengalaman luas di pentas Eropah sememangnya pert4ruhan terbaik di mana Buff bukan saja pernah beraksi dengan kelab-kelab hebat malah turut beraksi dalam beberapa kejohanan antarabangsa mewakili Switzerland termasuk beraksi di temasya Sukan Olimpik 2012 di London.

Dia juga pernah menjul4ng kejuaraan Piala Dunia B-17 bersama negaranya pada tahun 2009.

Sumber-MH