Kehadiran Yang Mungkin Mampu Mengubah Sabah FC

Kota Kinabalu: Bekas peny3rang import sensasi Sabah, Scott Ollerenshaw sangat teruja apabila diberi peranan sebagai pengarah teknikal Sabah Football Club (FC) musim ini.

Katanya, beliau sudah lama melihat perkembangan bola sepak di Malaysia khususnya di Sabah dan berharap kehadirannya dalam Sabah FC akan mampu mengubah wajah skuad Badak kembali menjadi pasukan dig3runi.

“Sejak 15 tahun lalu saya terbabit dalam bola s3pak Malaysia, saya membawa masuk beberapa pemain yang kini antara terbaik termasuk Brendan Gan, Matthew Davies dan Corbin Ong.

“Apabila saya diminta untuk kembali (bersama Sabah), saya sangat teruja kerana hati saya masih di sini, saya mengikuti perkembangan pasukan Sabah yang melalui tahun-tahun kurang member4ngsangkan.

“Saya teruja untuk kembali mencurah khidmat bersama Sabah kerana saya melihat beberapa perkara yang boleh dilakukan di sini,” katanya dalam temuramah yang disiarkan dalam Fac3book rasmi Sabah FC, semalam.

Ollerenshaw berkata, antara visi utamanya adalah untuk meningkatkan tahap kejurulatihan di Sabah dengan membantu jurulatih-jurulatih berpotensi dari negeri itu untuk ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita akan mulakan daripada atas iaitu jurulatih, Sabah ada beberapa jurulatih yang berpotensi seperti Burhan Ajui, Jelius Ating dan Johnny Dominicus, mereka semua bekas rakan sepasukan saya.

“Kita akan pastikan mereka mempelajari lebih tinggi lagi dalam bidang kejurulatihan sehingga mendapatkan lesen pro daripada FIFA agar mereka dapat melatih pasukan di peringkat lebih tinggi.

“Begitu juga dengan jurulatih-jurulatih lain yang mempunyai lesen B dan C, kita akan tingkatkan pengetahuan mereka dan kita mahu mereka mempelajari bidang kejurulatihan yang terbaik,” katanya.

Mengulas mengenai peranannya dalam skuad Badak, Ollerenshaw berkata beliau hanya berperanan dari segi pemain import iaitu membimbing mereka dalam pasukan.

“Bagi pasukan negeri, Kurniawan (Dwi Yulianto) adalah bos, beliau yang kendalikan pasukan dan peranan saya ialah dari segi pemain import iaitu sedikit peranan dalam membimbing mereka (pemain import),” katanya.

Baru-baru ini, Sabah FC mengumumkan Ollerenshaw dilantik sebagai pengarah teknikal kelab berkenaan yang akan memainkan peranan dalam aspek pembangunan serta sebagai medium pengantara buat pemain import kelab itu.

Ollerenshaw adalah antara peny3rang import terbaik pernah dimiliki Sabah apabila beliau berjaya membantu pasukan itu menjul4ng Piala FA pada 1995 dan menjuarai Liga Perdana (kini Liga Super) pada tahun berikutnya.

Ketaj4man beliau selaku peny3rang juga terserlah apabila muncul sebagai penj4ring terbanyak sa!ngan Liga Perdana pada dua musim berkenaan.

Sumber-MH