Kehadiran Yang Pasti Menambah Cengk4man Barisan JDT

Johor Bahru: Kelab Penyokong Bolas3pak Johor Darul Ta’zim (KPBJDT) optimis Piala Sumbangsih akan kekal di bumi Johor buat kali keempat berturut-turut.

Skuad Harimau Selatan akan melayani kunjungan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada aksi pembuka tirai Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini.

Timbalan Presiden KPBJDT, Mohd Fadzli Sapiee berkata, barisan pemain di bawah bimbingan Benjamin Mora serba lengkap di setiap posisi malah kehadiran semula Safiq Rahim yang memiliki aur4 tersendiri nyata menyvntik semangat pemain.

Katanya, Safiq memiliki kepimpinan di dalam padang dan terpulang kepada Mora sama ada akan menyenaraikannya dalam kesebelasan utama atau sebaliknya kerana percaya apa jua perancangan jurulatih dari Mexico itu demi kejayaan skuad Harimau Selatan mencipta kemenangan.

“Selain Safiq, JDT juga diperkuatkan dengan kehadiran Mohamadou Sumareh yang pasti menambah cengk4man ser4ngan barisan JDT dan agak menarik kerana posisi di sayap kiri bakal menyaksikan per3butan antara Sumareh, Safawi Rasid dan Muhammad Ramadhan Saifullah.

“Kami sebagai penyokong sentiasa memberi sokongan terhadap perancangan taktikal Mora.” katanya.

Mengulas mengenai penyokong masih tidak dibenarkan hadir kei stadium menyaksikan perl4wanan Liga Malaysia (Liga M), Mohd Fadzli menaruh keyakinan dalam tempoh terdekat sekurang-kurangnya 10 peratus penyokong daripada kapasiti tempat duduk di stadium akan dibenarkan masuk.

Sumber MH