Categories
TERKINI

Kejayaan di Tokyo permulaan impian gelaran status nombor satu dunia

Kejayaan di bumi Tokyo yang memberi gelaran juara dunia kepada Aaron Chia dan Soh Wooi Yik disifatkan sebagai batu loncatan buat beregu lelaki utama negara itu untuk mengimpikan status nombor satu dunia serta gelaran Siri Jelajah BWF.

Wira negara itu tiba di tanah air disambut meriah oleh ahli keluarga dan peminat badminton tanah air selain Aaron-Wooi Yik, akan berehat selama empat hari sebelum kembali memulakan latihan.

“Ini akan meningkatkan lagi motivasi kami untuk menghadapi pertandingan akan datang. Kami meletakkan impian untuk menjadi beregu nombor satu negara dalam masa sama mahu terus bekerja lebih gigih,” kata Aaron.

Kejayaan itu juga sekaligus menamatkan badi separuh akhir yang dihadapi oleh pasangan berada di ranking kelima dunia itu.

Wooi Yik mengakui ia adalah proses perjalanan karier mereka untuk menjadi pemain lebih baik, cuma hanya perlu terus percaya dengan diri sendiri tanpa putus asa.

“Ini merupakan salah satu objektif kami sebagai pemain badminton dan mahu terus menghadirkan kejayaan buat Malaysia,” kata Wooi Yik.

“Kejayaan meraih juara dunia ini memberikan keyakinan untuk mengikut program yang ditetapkan bagi masa akan datang.”