Kelantan FC Cipta Kemajuan Untuk Kemudahan

Kota Bharu: TRW Kelantan FC menjadi antara pasukan bola s3pak pertama dalam negara mempunyai sistem pembayaran atas talian sendiri, TRWPay, apabila ia dilancarkan hari ini.

Sistem yang memudahkan urusan pembayaran atas talian itu kini boleh dilayari melalui laman sesawang, https://www.trwpay.com/ bagi urusan pendaftaran.

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata, sistem pembayaran atas talian itu diwujudkan bagi memudahkan urusan pembelian yang kini dijalankan secara maya di samping menjadi dana tambahan kepada pasukan.

Katanya, TRWPay dibangunkan oleh kelab itu sendiri selain disokong oleh sistem kesela4atan, Securepay dan Cool Code.

“Sistem pembayaran atas talian TRWPay ini adalah satu anjakan par4digma bagi kelab, selepas ini penyokong tidak perlu lagi bers3sak-s3sak, beratur berjam-jam untuk membeli tiket secara fizikal di stadium, sebaliknya terus buat pembelian atas talian.

“Kita juga beri peluang pengusaha-pengusaha sukan menggunakan khidmat sistem ini bagi memudahkan transaksi pembelian yang beroperasi 24 jam tanpa had jumlah transaksi setiap hari,” katanya ketika ditemui dalam sidang media pelancaran TRWPay di Hotel Zambuger, Pengkalan Chepa, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Wan Roslan Wan Hamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Cool Code Sdn Bhd, Muhammad Arif Tukiman.

Norizam atau mesra dipanggil Zambuger berkata, sistem pembayaran digital itu bukan saja memudahkan peminat membeli tiket perl4wanan sebaliknya turut boleh membantu syarikat lain memasarkan perkhidmatan dan produk mereka secara digital.

Katanya, mereka hanya perlu mempunyai dokumen perniagaan yang sah dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan boleh mendaftarkan syarikat di laman web TRWPay bagi menikmati kemudahan seperti katalog digital, pembayaran elektronik melalui kod imbasan QR yang dilekatkan di kedai fizikal mereka atau pelanggan membuat bayaran atas talian melalui sistem perbankan sedia ada.

“Sempena pelancaran ini juga, kita tawarkan pot0ngan 13 peratus bayaran kepada usahawan yang melanggan dengan c4j sama rata (flat rate) daripada harga RM1.50,” katanya.

TRWPay berfungsi menyediakan perkhidmatan memproses dan menerima pelbagai jenis bayaran yang menghubungkan tiga pihak iaitu peniaga, pelanggan dan pihak bank.

Norizam berkata, TRWPay dijangka mampu bers4ing dengan sistem gateaway yang lain dengan memberikan kepuasan khidmat pelanggan, kecepatan dan transaksi tiada had selain proses penerimaan langgan hanya mengambil masa 48 jam untuk diproses.

“Dalam masa sama, sistem ini membantu usahawan kecil, dan menambah ‘duit poket’ pasukan di mana kita akan terus berkongsi keuntungan dengan pihak yang memerlukan selain banyak sumber kewangan, maka lebih banyak dana kelab, kita boleh t4rik lebih ramai pemain berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Wan Roslan berkata, kewujudan sistem TRWPay bukan sahaja perkara baru yang menaikkan pembangunan bola malah memberi sinar baru kepada peniaga yang terkesan melalui perniagaan fizikal akibat Cov!d-19.

“Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha ke arah perniagaan atas talian sebab kita masih boleh buat keuntungan walaupun tanpa bersentuhan, jadi pelancaran sistem adalah sesuatu yang sangat baik,” katanya.

Sumber MH