Kelantan Telah Lakukan Yang Terbaik

KUALA LUMPUR: Kelab Bolas3pak Kelantan (Kelantan FC) boleh menarik nafas lega selepas Persekutuan Bolas3pak Antarabangsa (FIFA) ‘membebaskan’ mereka daripada sek4tan perpindahan pemain.

Perkara itu disahkan Kelantan FC dan pemilik kelab itu sendiri, Norizam Tukiman menerusi laman Facebooknya hari ini.

“Alhamdulillah, FIFA batalkan sek4tan Transfer Ban (s3katan perpindahan) ke atas Kelantan FC.

“Ekoran kelulusan FIFA, Kelantan FC bakal umumkan empat pemain import dan beberapa pemain tempatan berkualiti,” tulis Norizam yang lebih dikenali sebagai Zamburger.

Sebelum ini, Kelantan dikenakan sek4tan perpindahan pemain oleh FIFA susulan isu tunggakan gaji membabitkan pemain import mereka termasuk Cassio Francisco de Jesus.

Bagaimanapun, tindakan positif Kelantan FC menyelesaikan hutang Cassio berjumlah RM612,632.50 selain beberapa tunggakan gaji bekas pemain dan pegawai mereka yang mencecah jutaan ringgit pada minggu lalu tampak memberikan berita baik buat mereka mempersiapkan diri untuk musim depan.

Peguam Cassio, Zhafri Aminurashid seperti dilaporkan BH Sukan sebelum ini menjelaskan akan membantu pasukan itu ‘bebas’ daripada sek4tan perpindahan.

Terdahulu Kelantan FC mengeluarkan kenyataan beserta surat dari FIFA di Facebook rasmi kelab berhubung pembatalan sekatan perpindahan ke atas pasukan itu.

“Kini Kelantan FC bebas dari sek4tan ‘Transfer Ban’ dan boleh mendaftarkan pemain baru untuk musim 2021.

“Kami dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Fahmi Zhafri Ashraf & Co atas kerjasama yang amat baik dalam usaha membantu membebaskan kelab dari sekatan perpindahan yang dikenakan kepada pasukan sebelum ini.

Pihak kelab juga mengucapkan terima kasih kepada FIFA, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan), MFL (Liga Bolasepak Malaysia) dan semua pihak yang menyokong dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kemajuan kelab ini,” kata kenyataan itu.

Sumber-BH