Kelantan United FC Mendapat Kesukaran

KELANTAN United FC (KUFC) mengakui sukar mendapatkan penajaan bagi menguruskan pasukan susulan penangguhan sa!ngan Liga Malaysia (Liga-M) akibat penul4ran Cov!d-19 ketika ini.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman berkata, kesuk4ran itu berikutan kebanyakan syarikat tidak berani untuk memberikan tajaan kerana tidak yakin dengan pulangan diperolehi terutamanya dari segi promosi kepada penonton.

“Kesuk4ran ini menjadikan ker!sauan kepada kami, malah turut dihadapi oleh kebanyakan pasukan lain dalam sa!ngan Liga-M,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan sa!ngan Liga-M 2021 yang dijangka berlangsung pada Februari terpaksa ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) di seluruh negara kecuali Sarawak.

Justeru, katanya, penangguhan Liga-M sedikit sebanyak memberikan kesan kepada pihak pengurusan bagi memperolehi pendapatan menguruskan pasukan.

“Jika ditangguhkan ia akan memberikan kesan, terutamanya melibatkan pembayaran gaji pemain memandangkan pasukan telah menandatangani kontrak pemain.

“Ketika ini kami hanya bergantung kepada sumber kewangan simpanan untuk membayar gaji pemain bagi bulan pertama musim ini,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya mengharapkan sa!ngan Liga-M tidak ditangguhkan dalam jangka masa yang lebih lama pada musim ini.

“Harap liga tidak ditangguhkan sebab ia melibatkan punca mata pencarian pegawai dan pemain pasukan bagi menyara keluarga dan membayar komitmen bulanan,” katanya.

Katanya, kehadiran penyokong ke stadium sekurang-kurangnya dapat meringankan beb4nan kewangan yang perlu ditanggung oleh pihak pengurusan.

“Perlu ada kajian prosedur op3rasi standard (SOP) bagi membenarkan kehadiran penyokong… contohnya ada penjarakan fizikal di stadium dan kaw4lan kemasukan penonton melalui pintu masuk,” katanya. – Bernama

Sumber-SH