Kena Juara Dulu Baru Boleh

Kuala Lumpur: Tiada sebab untuk mengubah venue aksi Piala Sumbangsih kerana ia milik juara Liga Super.

Ia ditegaskan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolas3pak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan selepas wujud dakw4an segelintir pihak yang mempertik4ikan status Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai pasukan tuan rumah menjelang aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) men3ntang Kedah pada 5 Mac ini di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

Katanya, tidak timbul isu ‘pilih bulu’ dalam menentukan hak tuan rumah kerana mekanisma pemilihan yang sama digunakan sejak bertahun lalu dengan gelanggang juara Liga Super diberi penghormatan memulakan liga.

Malah, aksi terbabit bukan semata-mata untuk mer3but Piala Sumbangsih sebaliknya ia adalah perl4wanan liga pertama bagi kedua-dua pasukan dengan pertemuan berikutnya akan berlangsung di tempat l4wan pula.

“Kita dah lama guna kaedah ini. Juara Liga Super akan jadi tuan rumah kepada perlawanan pertama Liga Super yang turut mempert4ruhkan Piala Sumbangsih.

“Kalau musim lalu JDT juara Liga Super, maka JDT lah akan jadi tuan rumah. Jika tahun ini JDT juara Liga Super lagi, tahun depan akan main di tempat mereka juga.

“Jadi kalau ada pasukan lain nak jadi tuan rumah Piala Sumbangsih, kena jadi juara Liga Super tahun ini supaya tahun depan boleh main tempat mereka,” katanya.

Sumber BH