Kenapa Perempuan Itu L4nggar Papa

Johor Bahru: Keluarga Laskar Kanan Mohd Rizal Suberi, 31, belum bersedia memaafkan pemandu wanita yang menyebabkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu m4ut dalam kem4langan Sabtu lalu.

Isteri Allahyarham Mohd Rizal, Nurul Asyiken Amir, berkata dia dan tiga anaknya masih berada dalam keadaan terk3jut dan sedih sehingga memberi kesan em0si mendalam kepada mereka.

“Saya tidak dapat berikan jawapan sama ada kami maafkan pemandu wanita itu kerana sukar mengungkapkan kata-kata itu.

“Anak sulung berusia lima tahun sudah menonton video kereta bapanya dir3mpuh wanita itu dan kemudian bertanya ‘Mama kenapa perempuan itu l4nggar papa sampai m4ti.’

“Hati saya h4ncur. Der!ta itu hanya saya dan anak yang akan tanggung. Bila awak kata wanita itu minta maaf kepada kami, sukar untuk kami terima,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, pemandu Perodua Myvi berkenaan, Nur Fatin Nasrah Suhaimi, 23, memohon maaf dan ampun kepada keluarga Allahyarham berikutan kem4langan menyebabkan m4ngsa m4ut.

Nur Fatin berkata demikian ketika prosiding di Mahkamah Majistret di sini, hari ini ketika dihadapkan atas tudvhan memandu kereta di bawah pengaruh d4dah hingga menyebabkan kem4tian Mohd Rizal di lampu isyarat Kilometer 4, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi pada 8.24 pagi, 10 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Nurul Asyiken yang juga guru agama di Bandar Tenggara, Kota Tinggi, berkata kejadian berkenaan membuatkan em0si terganggu menyebabkan dia dan anaknya berada dalam kesedihan.

“Saya bukan tidak menerima suratan takdir, namun mengenangkan suami baharu sahaja menyambut hari jadi anak sulung sebelum kejadian itu berlaku, menyebabkan hati ini h4ncur.

“Kami sekeluarga baru sahaja berkumpul dan gembira bersama, tiba-tiba jadi macam ini. Hati mana tidak sedih,” katanya.

Namun, Nurul Asyiken berharap wanita itu insaf dan menyesali perbuatannya selain tidak mengulanginya semula kesalahan sama pada masa depan.

“Saya harap benda ini dijadikan iktibar kepada orang ramai di luar sana supaya berhati-hati ketika memandu kerana sebarang kesilapan membuatkan ada keluarga hilang insan paling mereka sayangi, ” katanya.

Sumber-MH