Kenyataan Cheng Hoe Seakan Sudah Memberi Bayangan Tersebut

KUALA LUMPUR: ‘Peris4i’ di posisi pertahanan kanan Harimau Malaya boleh dianggap sudah lengkap bagi menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun depan.

Ia selepas pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memiliki tiga pilihan pemain terbaik untuk bahagian itu termasuk Syahmi Safari, Matthew Davies dan Rizal Ghazali.

Malah, bekas pengendali Kedah itu juga menganggap Syahmi sebagai antara aset penting yang mana dia boleh beraksi di beberapa posisi lain termasuk bahagian tengah dan sayap kanan.

“Kita tahu pertahanan kanan ada Syahmi Safawi, Matthew dan Rizal, saya nampak ketiga-tiga ini agak seimbang dari segi prestasi dan kita mengharapkan persembahan terbaik daripada mereka.

“Mungkin untuk persiapan kempen kelayakan nanti, kita lihat mereka sebagai pemain utiliti. Syahmi mungkin boleh bermain di bahagian tengah kanan dan mungkin dia juga boleh beraksi di bahagian pertahanan kanan.

“Jadi, itulah saya rasa kelebihan ketiga-tiga pemain itu cukup penting untuk menghadapi tiga perl4wanan yang terakhir (dalam kempen kelayakan) nanti,” kata Cheng Hoe.

Kenyataan Cheng Hoe itu juga seakan sudah memberi bayangan bahawa Syahmi, Davies dan Rizal akan berada dalam senarai ke UAE nanti jika tidak berdepan masalah keced3raan.

Skuad Harimau Malaya dijadual akan bertemu UAE pada 3 Jun sebelum men3ntang Vietnam (11 Jun) dan aksi terakhir men3ntang Thailand (15 Jun).

Sumber BH