Kepimpinan Beliau Mampu Memberi Kemajuan Pasukan Bola Sepak Sabah

Kota Kinabalu: Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Presiden SAFA, Datuk Abdul Rahman Zakaria berkata, pelantikan Bung Moktar selaku pemangku jawatan berkenaan sudah dipersetujui Majlis Tertinggi SAFA.

“Beliau sudah maklum mengenai perkara berkenaan dan kita bakal mengadakan pertemuan dalam jangka masa terdekat ini.

“Kita yakin kepimpinan beliau mampu membawa suatu kemajuan kepada pasukan bola s3pak Sabah,” katanya ketika sidang media khas SAFA, dekat sini, hari ini.

Ditanya sama ada Bung Moktar akan memegang jawatan sama bagi musim akan datang, Abdul Rahman berkata, pihaknya bakal mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) pada awal tahun depan dan mahu memastikan Timbalan Ketua Menteri Sabah berkenaan terus memegang kepimpinan SAFA.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, semua pemain masih meneruskan latihan seperti biasa walaupun negara masih berhadapan dengan penul4ran wab4k Cov!d-19.

“Bagaimanapun, SAFA sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak Persatuan Bola S3pak Malaysia (FAM) berkaitan kebenaran melaksanakan latihan di padang,” katanya.

Sementara itu, pihak media dimaklumkan Bung Moktar bakal mengadakan sidang media berkaitan pelantikan terbabit selepas pulang daripada Kuala Lumpur pada minggu depan.

Sumber-MH