Kepulangan Yang Tepat Pada Masanya

Kuala Lumpur: Kepulangan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid dilihat tepat pada masanya ketika kebanyakan pasukan sudah mula melakukan persiapan pramusim menjelang sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustafa, pemergian Safawi ke kelab Portimonense SC di Portugal sebenarnya membawa 1,000 kebaikan buatnya terutama menyediakan pemain sayap itu pada musim baharu.

Walaupun Safawi tidak beraksi dan tidak mendapat minit permainan sepanjang tiga bulan di Eropah, peluang berlatih dan beraksi bersama skuad bawah 23 Portimonense SC sudah cukup untuk mematangkan tonggak berusia 24 tahun itu.

Katanya, kepulangan Safawi ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan mengganggu psikologinya kerana dia sudah dided4hkan dengan budaya bola s3pak profesional di Portugal.

“Sekarang Pawi (Safawi) dah balik ke Malaysia dan dia sudah pastinya lebih bersedia daripada rakan sepasukan di JDT kerana semua pemain baru naik dari cuti pramusim. Tapi Pawi di sana berlatih sejak Oktober lalu sehingga sekarang dan saya percaya dia lebih tersedia dan bermotivasi untuk ‘mel3tup’ musim depan.

“Dia dah did3dahkan dengan dunia profesional yang berbeza maksudnya akan ada perubahan tingkah laku dalam kerjaya Pawi. Dia kena tunjukkan sikap itu di dalam dan luar padang. Sekarang peminat harapkan lebih lagi daripada Pawi sebelum dia pergi maksudnya perlu ada perubahan budaya kerja, sikap di dalam padang, penampialn di luar padang dan cara pertuturan bagi menampakkan imejnya yang baik terutama di depan wartawan.

“Selain itu, ada nampak satu perubahan jelas pada dia, saya lihat dia nampak ‘slim’ sikit dan tak berisi, dia cergas dan fit tapi dia tak gempal macam sebelum ini,” katanya.

Sumber-MH