Keputusan Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia

Kuala Lumpur: Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolas3pak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan tidak akan bertanding pada pemilihan Kongres FAM Ke-57, Mac ini.

Perkembangan berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu.

“Tidak, saya tidak akan bertanding pada pemilihan Kongres FAM,” katanya ringkas menerusi aplikasi Wh4tsApp.

Untuk rekod, bekas presiden Persatuan Bola S3pak Kelantan (Kafa) itu pernah menyatakan pendirian mahu bertanding jawatan presiden pada Kongres FAM 2017.

Beliau ketika itu berkata, keputusan terbabit dibuat bukan berkaitan mer3but kerusi nombor satu itu semata-mata sebaliknya ingin mempertahan integriti dan rekod kepimpinannya sebagai timbalan presiden FAM sebelum ini.

Harian Metro sebelum ini melap0rkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menasihati ahli politik yang mahu bertanding mer3but jawatan penting pada pemilihan Kongres FAM Ke-57 supaya tidak melakukan keros4kan terhadap bola s3pak negara.

Sementara itu, menurut sumber, identiti individu yang akan bertanding pada pemilihan kongres terbabit akan diketahui selewat-lewatnya pada 11 Februari ini.

Katanya, pemilihan kali ini boleh dikatakan agak kurang meriah apabila tiada nama besar termasuk ahli politik menyatakan secara terbuka mahu bertanding mer3but jawatan penting dalam FAM.

“Berbanding pada pemilihan sebelum ini, kita sentiasa mendengar beberapa nama besar yang menyatakan minat bertanding mer3but jawatan penting, namun kali ini paling awal pun senarai nama diketahui minggu depan,” katanya.

Sumber-MH