Keputusan Terhadap KAFA

Kuala Lumpur: Pasukan bola s3pak Kelantan (Kelantan FC) akan dikenakan tindakan pemotongan tiga mata dalam sa!ngan Liga Premier musim ini sekiranya Persatuan Bola S3pak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemain pasukan berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam berkata, keputusan itu dicapai pada Jawatankuasa Status FAM dan bakal dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM sekiranya KAFA gagal melunaskan tunggakan itu dalam tempoh yang ditetapkan.

“Walaupun proses pemis4han status daripada persatuan bola sepak kepada kelab bola s3pak sudah selesai, tindakan masih boleh diambil ke atas mana-mana pasukan kerana isu ini melibatkan kebajikan pemain,” jelas Stuart kepada Bernama hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Mohd Joehari Ayub dilaporkan berkata 11 bekas pemain Kelantan membuat tuntutan rasmi berjumlah RM187,778.92 kepada KAFA.

Menurut Mohd Joehari, KAFA dikehendaki membayar tunggakan gaji kepada Muhammad Fauzi Rozlan berjumlah RM63,628.18; Muhammad Zulfahmi Awang (RM50,000); Muhammad Afiq Azuan (RM32,141.99) dan Wan Mohammed Afiq Wan Mohamed Kasbi (RM21,000).

KAFA juga perlu melunaskan tunggakan gaji kepada Mohamad Azzrie Aripin sebanyak RM4,075; Muhammad Syafiq Syahmi Husin (RM3,877) serta Muhammad Fahmi Izzuddin Ab Rahman (RM2,681).

Pemain lain yang membuat tuntutan ialah Ahmad Fathi Irfan Azlan sebanyak RM3,279; Mohamad Fazliera Ezlan Mohd Rosli (RM3,126.25); Ahmad Hamzalah Zulkiflee (RM2,681) dan Muhammad Fikri Hakim Kama (RM1,289.50).

Menurut Stuart, wakil KAFA dan Kelantan FC pernah mengadakan pertemuan dengannya sebelum ini, dengan pihak KAFA memberi jaminan akan melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain berkenaan.

Kelantan pernah dip0tong tiga mata dalam sa!ngan Liga Premier pada musim lalu susulan kegagalan KAFA menjelaskan tunggakan gaji kepada beberapa pemain pasukan berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Sumber-MH