Kerana Wang Ringgit, Sanggup Ambil Risik0 Walaupun Salah

SEORANG lelaki warga tempatan yang juga tek0ng mengenakan bayaran sebanyak RM350 seorang untuk membawa pendatang asing tanpa izin (Pati) dari pangkalan h4ram sepanjang Sungai Golok ke Selayang, Kuala Lumpur.

Kegiatan tek0ng berusia 47 tahun itu bagaimanapun dikesan pihak berkuasa apabila dia dit4han oleh anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) ketika sedang membawa Pati di Kampung Bagus, Rantau Panjang pada jam 6 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA9 Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, ketika kejadian itu, anggotanya sedang membuat tugas rondaan di Jalan Lubok Jong, Rantau Panjang sebelum ters3rempak dengan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard yang dipandu susp3k.

“Kenderaan ini dilihat dalam keadaan mencur!gakan. Anggota kami cuba men4han kenderaannya namun susp3k mem3cut sehinggalah dia berhenti di bahu jalan dan menyerah diri.

“Sebaik memperkenalkan diri sebagai polis, anggota kami memeriksa kenderaan dan mendapati terdapat sembilan lelaki di bahagian penumpang belakang dipercayai Pati warga Thailand yang mana kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil sias4tan awal ke atas tek0ng terbabit, dia mengaku mengambil kesemua Pati ini di pangkalan h4ram Bilal Dollah untuk dihantar ke Selayang pada awal pagi bagi mengelak bert3mbung dengan pihak berkuasa,” katanya.

Nor Azizan berkata, anggota bertugas men4han suspek serta kesemua Pati termasuk kenderaan yang dinaiki mereka dan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tujuan sias4tan lanjut.

“Kes disias4t mengikut S3ksyen 26(J) Atipsom 2012 dan S3ksyen 6(1)(C) Imigresen 1959/63.

“Pelbagai taktik digunakan tek0ng bagi memastikan kegiatan penyelvdupan Pati berjalan lancar, malah mereka sanggup bers3kang mata membawa Pati pada lewat malam atau awal pagi untuk mengelak bert3mbung dengan pihak berkuasa.

“Namun, PGA9 sentiasa berwaspada dan menjaga kawalan sempadan tidak kira masa bagi meng3kang segala kegiatan penyelvdupan atau aktiviti jen4yah rentas sempadan,” katanya.

Sumber-MH