Kerber mara, Pliskova tersingkir

MELBOURNE: Juara Grand Slam tiga kali, Angelique Kerber terpaksa bermandi peluh sebelum mengatasi pemain ranking ke-102 dunia, Camila Giorgi untuk mara ke pusingan 16 terbaik Terbuka Australia, sebentar tadi. Pemain Jerman itu diberi tentangan s3ngit sebelum dia mencatat kemenangan 6-2, 6-7 (4/7).

Kerber, 32, memenangi gelaran Grand Slam pertamanya selepas muncul juara Terbuka Australia 2016 sebelum dia merangkul gelaran Terbuka Amerika Syarikat dalam tahun yang sama.

Satu lagi gelaran Grand Slam direkodkan Kerber ketika dia mendominasi sa!ngan Wimbledon 2018. “Ia perlawanan yang sukar, saya bermula dengan baik tetapi dia mempamerkan kebangkitan yang menakjubkan,” kata Kerber. “Perjalanan masih panjang dan saya perlu terus berju4ng. Saya menikmati permainan saya di sini dan dan suka berada di sini.”

Kerber akan bertemu Anastasia Pavlyuchenkova bagi per3butan tempat ke suku akhir selepas pemain Russia itu meng3jutkan pilihan kedua, Karolina Pliskova 7-6 (7/4), 7-6 (7-3). Ia adalah kemenangan pertama Pavlyuchenkova ke atas pemain Republik Czech itu.

Kekalahan Pliskova hadir sehari selepas Serena Williams dan juara bertahan, Naomi Osaka turut ditunjukkan jalan keluar di pusingan awal. Situasi menyaksikan dua daripada tiga pemain pilihan utama sudah ters!ngkir daripada sa!ngan kali ini. – AFP