Ketentuan Nasib Pasukan Perak II

IPOH: Nasib pasukan bola s3pak Perak II dijangka diketahui minggu depan, sama ada ia kekal mengh4rungi Liga Malaysia (Liga M) musim ini atau sebaliknya.

Naib Presiden Persatuan Bola S3pak Perak (PAFA), Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata satu mesyuarat khas akan diadakan bersama pihak-pihak berkepentingan bagi membincangkan isu itu minggu depan.

“Kita akan usulkan keputusan mesyuarat itu kepada pengurusan tertinggi Perak FC untuk membuat keputusan akhir,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolas3pak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan pada Khamis yang mengesahkan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Perak FC berhubung perkara itu.

Menjelas lanjut, Muhammad Yadzan berkata sekiranya Perak II menarik diri daripada sa!ngan Liga M musim ini, tindakan itu akan memberi kesan kepada pemain dan juga pegawai pasukan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

“Lambakan pemain dan pegawai yang tiada mata pencarian akan berlaku. Itu kita tak boleh nak menafikan. Cuma, kita juga kena lihat aspek kewangan pasukan. Kalau tidak mampu, macam mana kita nak teruskan? Ini akan menyebabkan pasukan terumbang-ambing juga,” katanya.

Perak II sepatutnya bersa!ng dalam Liga Perdana musim ini, namun ada desas-desus menyatakan pasukan tersebut akan dibub4rkan menjelang sep4k mula liga pada 5 Mac ini.

Dalam pada itu, Muhammad Yadzan turut berharap semua pihak bersabar dan tidak membuat sebarang sp3kulasi li4r sebelum satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pengurusan Perak FC.

“Cukuplah, tunggu dulu kenyataan daripada Perak FC. Bila bermacam-macam andaian yang keluar ia akan memberikan persepsi neg4tif dan menyebabkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya. – BERNAMA

Sumber BH