Ketua Jurulatih JDT Mencipta Sejarah Tersendiri

KUALA LUMPUR: Bukan setakat pengiktirafan dalam bola s3pak, malah ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Mexico pertama di Malaysia yang menerima anugerah kehormat daripada negaranya.

Anugerah Mexico itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaiannya bersama skuad Harimau Selatan dan juga mempromosi imej baik negara kelahirannya.

Menerusi akaun Facebook Johor Southern Tigers, anugerah itu disampaikan Kementerian Hubungan Luar Mexico menerusi Institute of Mexicans Abroad dan Kedutaan Mexico sebagai tanda pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang rakyatnya yang tinggal di luar negara.

Majlis penyampaian anugerah itu yang diadakan di Johor Bahru, turut dihadiri pemilik pasukan JDT yang juga Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona. Hadir sama pegawai pasukan, keluarga dan juga rakan-rakan Mora.

Sebagai rekod, Mora menjadi warga Mexico pertama yang menjadi jurulatih kelab profesional di Malaysia dan mula menyertai JDT pada 2016 sebagai ketua jurulatih JDTII.

Dia kemudiannya dinaikkan pangkat mengendalikan skuad utama dan membawa pasukan itu memenangi tiga kejuaraan Liga Super dan tiga lagi piala.

Sumber-BH