Keyakinan Pengendali Kelantan FC

Kota Bharu: Pengendali TRW Kelantan FC, Margo Ragini yakin skuadnya mampu melakarkan kemenangan apabila turun berdepan Sarawak United FC, esok.

Ragini berkata, pasukannya akan cuba mempamerkan aksi dan kombinasi lebih baik selepas lima perl4wanan dalam Liga Perdana, musim ini.

Katanya, walaupun terdapat beberapa pemain utama yang mengalami kec3deraan namun dia yakin anak buahnya sudah bersedia untuk ‘men4ngkap’ sang b3dal.

“Kami perlu berani menghadapi sesiapa sahaja, kita menghormati setiap l4wan namun kita tidak akan t4kut menghadapi mereka.

“Kami lebih yakin dengan perl4wanan ini dan sejujurnya saya dapat rasakan perl4wanan ini kami dapat keputusan yang baik (menang),” katanya.

Ragini berkata, faktor perl4wanan di halaman sendiri turut menyunt!k semangat pasukan untuk menampilkan aksi lebih baik sebagai hadiah buat peminat.

Ketua Jurulatih dari Itali itu berkata, sudah pasti seperti yang sering dia sebutkan tempoh masa yang singkat, dengan pengurusan yang baru, pemain baru dan pasukan baru, TRW Kelantan FC masih mencari rentak yang sesuai untuk menjadi pasukan terbaik.

“Bagaimanapun, minggu ini persediaan yang dibuat jauh lebih baik dan saya gembira kerana ketika sesi latihan, persefahaman antara pemain semakin baik.

“Jika mereka yakin dengan diri mereka, mereka (pemain) akan bermain dengan lebih baik,” katanya.

Sumber MH