KFA Menamatkan Rundingan Bersama Sebuah Syarikat Automatif

Alor Setar: Persatuan Bolas3pak Kedah (KFA) menamatkan rundingan bersama sebuah syarikat automatif yang sebelum ini berhasrat memiliki 80 peratus saham Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu diputvskan selepas pihaknya tidak bersedia memenuhi beberapa permintaan syarikat terbabit yang dianggap terlalu besar.

“Proses mengambil alih 80 peratus saham KDA FC oleh sebuah syarikat yang diumum beberapa minggu lalu, tidak dapat dimuktamadkan kerana permintaan syarikat itu tidak dapat dipenuhi KFA dan kerajaan negeri.

“Permintaan mereka terlalu besar, antaranya tanah yang masih berstatus pertanian hendak ditukar kepada tanah industri, lepas itu ada cara bayaran yang saya tidak dapat beri kelulusan kerana ia akan mendatangkan kerug!an kepada rakyat Kedah,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, antara permintaan lain syarikat terbabit adalah untuk memiliki Stadium Darul Aman yang diselia dan dimiliki oleh Perbadanan Stadium Negeri Kedah.

“Stadium tidak boleh diserahkan kepada pihak lain begitu sahaja kerana ia tertakluk kepada akta, kita tidak boleh lupvs begitu saja, jadi ini juga antara sebab kita tidak mahu sambung lagi rundingan.

“Walaupun pihak syarikat ini menjanjikan perlaburan sebanyak RM1.5 billion sebelum ini, saya fikir ini tidak akan berlaku kerana kita tidak meneruskan lagi rundingan terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi berkata pihaknya masih mengalukan mana-mana syarikat yang berkemampuan dari segi kewangan melakukan rundingan bersama pihaknya bagi pemilikan 80 peratus saham KDA FC.

Katanya, ketika ini pasukan bola s3pak Kedah dikendalikan sepenuhnya KDA FC yang ditubuhkan KFA bagi mewakili negeri serta bersa!ng dalam liga kompetitif negara.

Bulan lalu, media melap0rkan gabungan dua syarikat automotif tempatan dijangka membeli 80 peratus saham KDA FC yang dimiliki Menteri Besar Incorporated (MBI) bernilai RM24 juta, sekali gus menjadikan mereka sebagai pemilik pasukan KDA FC.

Bagi tujuan itu, syarikat Go Auto Group dan Flumen Holdings Sdn Bhd sepatutnya menubuhkan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) sebelum menjadi pemegang saham utama KDA FC.

Sumber MH