Khabar Gembira Buat Peminat Bola Malaysia

Putrajaya: Tidak perlu ujian c4litan buat penonton Liga Malaysia (Liga M) yang ke stadium musim ini, perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Menurutnya, selagi mana ia tidak mengganggu konsep gel3mbung sukan yang digunakan untuk perjalanaan Liga M ketika ini, penonton tidak perlu melakukan ujian berkenaan.

“Kalau dalam kawasan PKPP (Perintah Kaw4lan Pergerakan Pemul!han), PKPB (Perintah Kaw4lan Pergerakan Bersyarat), mereka boleh masuk sahaja. Cuma, yang turun ke padang dan berkemungkinan ada kontak rapat, mereka perlu melakukannya.

“Ini bagi memastikan keselamatan dapat dijaga dan memastikan penjarakan itu sentiasa ada,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Skim Pembiayaan Industri Sukan hari ini.

Ujar Reezal, pihaknya akan membentangkan prot0kol pengurusan penonton kepada Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan untuk mendapatkan kebenaran kehadiran penyokong bola sep4k ke stadium.

“Prot0kol pengurusan sukan itu akan diperincikan oleh Liga Bola Sep4k Malaysia (MFL) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta semua pemegang t4ruh dengan cadangan awal adalah membabitkan kebenaran masuk penonton sebanyak 10 peratus atau 4,000 orang.

“Kita juga perlu lihat dari segi pembahagian penonton untuk pasukan tuan rumah dan pelawat yang turut membabitkan soal r3ntas negeri atau kemungkinan mewujudkan prapendaftaran kepada penyokong yang akan hadir ke stadium.

“Ini semua perlu diperhalusi dengan terperinci agar bila dilaksanakan nanti ia dilihat sempurna. Paling penting ia tidak mel4ngggar SOP PKP yang ditetapkan,” katanya.

Sumber MH