Lepas Ni Tengok Khabib Main Bola Pulak

Moscow: Khabib Nurmagomedov ditawarkan untuk menyertai kelab divisyen tiga Russia, FC Kamaz.

Ia selepas bintang UFC itu menunjukkan kemahirannya ketika perl4wanan di sekolah latihan Spartak Moscow di Dubai.

Kamaz menerusi Instagram berkata: “Kami menawarkan anda untuk melakukan penampilan pertama dengan menjadi sebahagian daripada pasukan ini.

“PFL adalah bola s3pak UFC. Kami beraksi pada setiap perlaw4nan untuk menang dan bercita-cita tinggi untuk menyertai FNL (divisyen dua).

“Kami sudah bersedia menawarkan sijil kepada Khabib. Jika segala-galanya berjalan lancar, anda hanya perlu memasukkan tarikh menyertai pasukan ini.”

Kamaz yang kini sedang berusaha untuk naik ke divisyen dua, meminta Khabib untuk menyertai kem latihan selama tiga minggu di Novorossiysk bermula 12 Februari.

Khabib, 32, adalah peminat setia Real Madrid namun baru-baru ini bergambar bersama pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk.

Bintang Russia itu sememangnya meminati bola s3pak dan dilihat kembali fokus kepada sukan itu selepas bersara daripada UFC.

Dia mengumumkan keputusan itu pada perl4wanan terakhir Oktober tahun lalu selepas kehil4ngan bapanya, Abdulmanap yang men!nggal dun!a pada usia 57 tahun, Julai tahun lalu.

Dengan Khabib hanya kurang satu lagi kemenangan untuk melengkapkan rekod 30-0, bos UFC, Dana White sering memujuknya untuk kembali ke gel4nggang.

Sumber-MH