Khas Buat Anak-Anak Pra Sekolah

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) tetap meneruskan sesi prasekolah yang bermula 1 Julai ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang mengg3sa menangguhkan sesi prasekolah berkenaan.

Mah berkata, ini kerana sudah ramai ibu bapa yang mula bekerja dan memerlukan anak mereka dihantar ke prasekolah.

“Kita kena tahu bahawa ibu bapa yang bekerja memang memerlukan anak dihantar ke prasekolah, jadi perlu diteruskan.

“Sekiranya terdapat prasekolah yang mempunyai masalah, kita akan cuba selesaikannya nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui membuat lawatan kerja persiapan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent di Ipoh, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sedang memberi tumpuan kepada kerja lawatan pembukaan sekolah

“Persiapan sudah kita buat, kita kena ambil maklum bahawa apabila ada keperluan kita akan tetap teruskan,” katanya.

Terdahulu, NSTP melaporkan NUTP menggesa KPM menangguhkan sesi prasekolah yang dijadual 1 Julai ini.

Presidennya, Aminuddin Awang dilaporkan berkata, pihaknya mengenal pasti banyak masalah akan timbul membabitkan pengurusan dan infrastruktur.

Katanya, selain kawasan pembelajaran terhad, keperluan pembantu guru yang tidak mencukupi menjejaskan aktiviti pembelajaran dalam kelas.

Sumber-MH