Klopp Nak Bersara?

JURGEN Klopp berkata beliau mungkin akan bersara daripada arena bola sepak sebaik kontraknya bersama juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool berakhir pada 2024.

Pengendali berusia 53 tahun dari Jerman itu mahu berehat selama setahun selepas meninggalkan Borussia Dortmund pada 2015 tetapi Liverpool mahu menggunakan khidmatnya bagi menggantikan Brendan Rodgers.

Sejak itu, dia berjaya membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara pada tahun lalu dan kejuaraan Liga Perdana Inggeris tahun ini sekali gus menamatkan penantian selama 30 tahun.

Bagaimanpun beliau memberitahu laman web Jerman, Sportbuzzer bahawa dia akan berehat selama setahun selepas kontraknya berakhir untuk memberikannya masa apa perlu dilakukan selepas itu.

“Saya akan berehat selama setahun dan kemudian bertanya kepada diri sendiri adakah saya akan merindui bola sepak.

“Jika jawapannya negatif, maka karier Jurgen Klopp sebagai jurulatih akan berakhir,” katanya.

Klopp mend3dahkan perkara yang mungkin akan diingatinya jika meninggalkan lapangan bola sepak adalah tek4nan tinggi dalam menguruskan pasukan.

“Jika satu hari nanti saya bukan lagi seorang jurulatih, satu perkara yang akan diingati adalah teknan sebelum pasukan turun beraksi,” katanya.

Sumber-MH