Komen pedas Otai Kedah

Memalukan! Itu tegas bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, berhubung situasi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang masih gagal menyelesaikan isu tungg4kan gaji pemain dan jurulatih skuad Lang Merah gara-gara kr!sis politik di negeri itu.

Status pasukan Hijau Kuning itu selaku pasukan elit Liga Malaysia (Liga-M) terc3mar gara-gara isu gaji tertungg4k. Membabitkan gaji sejak Februari lalu, pemain serta pegawai pasukan utara itu hilang sumber pendapatan menjelang Aidilfitri.

Situasi bertambah rum!t apabila bakal berlaku perubahan pucuk kepimpinan KFA susulan isu politik di negeri itu. “Bagi saya (perkembangan) ini sungguh mem4lukan. Kedah tiada sejarah langsung dengan masalah gaji.

“Ini kali pertama (berlaku), memang sangat memalukan,” katanya ketika diwawancara wakil Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Bahkan, jurulatih berumur 68 tahun itu turut mempersoalkan hala tuju Lang Merah yang dilihat tidak seimbang daripada segi merekrut pemain.

“Beberapa pemain import yang diambil sekadar duduk di bangku simpanan. “Mengapa Kedah tidak ketengahkan pemain-pemain muda sebagai tujuan pembangunan, seperti (formula) kejayaan memenangi tiga kejuaraan dalam tempoh dua tahun berturut-turut sebelum ini, naikkan (status) pemain B-21.

“Ketika itu, kami menggunakan khidmat rata-rata anak jati dan pemain pelapis. “Tidak mengapa kalau ingin ambil pemain matang, tetapi ia tidak menjadi. “Ia satu pembaziran, perancangan Kedah nampaknya gagal.”