Kurang Ajar Punya Nelayan Asing

Kudat: Sebuah bot nelayan Vietnam bukan saja mencer0boh dan mencvri hasil laut negara, malah bertindak agr3sif dengan mel4nggar bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat hingga berlaku kerosakan di beberapa bahagian.

Kejadian berlaku 7.30 pagi, 5 September lalu, ketika sepasukan APMM Kudat menjalankan Ops Pluto Timur di kedudukan 12.8 batu nautika timur laut Pulau Malawali, dekat sini.

Pengarah APMM Zon Maritim Kudat, Komander (M) Boon Chin Chau berkata, bot ronda APMM yang sedang melakukan rondaan mengesan sebuah bot nelayan tanpa nombor pendaftaran disyaki Vietnam yang sedang bergerak dan melakukan penundaan di kawasan perairan pulau berkenaan.

Katanya, ketika dihampiri dan diarah berhenti oleh anggota APMM, tek0ng bot tidak memberi kerjasama dan terus bergerak laju menyebabkan bot ronda mengekori bot berkenaan.

“Ketika bot ronda cuba untuk merapat, tek0ng bot Vietnam secara tiba-tiba mengubah haluan dan bertindak agr3sif mel4nggar bot ronda sehingga berlaku kerosakan di beberapa bahagian badan bot.

“Selepas hampir setengah jam cuba memintas, akhirnya bot ronda APMM Kudat berjaya men4han bot nelayan Vietnam berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati seorang tek0ng dan tujuh awak-awak warga Vietnam berusia antara 22 hingga 53 tahun berada di atas bot berkenaan.

“Tek0ng dan empat awak-awak didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri manakala tiga lagi mempunyai pasport.

“Selain itu, bot berkenaan mempunyai hasil tangk4pan balat basah anggaran berat 200 kilogram serta muatan 6,000 liter diesal. Anggaran keseluruhan rampasan hampir RM500,000,” katanya.

Boon berkata, bot berkenaan diiring masuk ke Jeti Marina dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut S3ksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985, S3ksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan S3ksyen 186 K4nun Kes3ksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Semua awak-awak termasuk tek0ng bot menjalani ujian sar!ngan C0vid-19 oleh kakitangan Klinik Kesihatan Kudat sebagai langkah berjaga-jaga. Semua anggota bot ronda APMM yang terbabit juga dipastikan untuk sentiasa mematuhi SOP C0vid-19 sepanjang melakukan tugasan,” katanya.

Sumber-MH