Lagi Dan Lagi ‘Ubi Muda’ Negara Pikat Akademi Eropah

KUALA LUMPUR: Bumi Eropah terus menjadi destinasi buat ‘ubi muda’ Malaysia untuk men3mpa nama dan kali ini giliran Amar Makruf dan Anas Nadawi selepas mereka berjaya menempatkan diri di akademi The Next Generation Sports (TNGS) yang berpangkalan di Valencia, Sepanyol.

Bapa kepada dua pemain itu, Shahruddin Mat Dali berkata, mereka akan menjalani latihan di sana selama beberapa bulan dan berpeluang menyertai mana mana pasukan di bawah usia 19 tahun dalam sa!ngan divisyen dua, tiga ataupun empat di Valencia jika dipancing pemantau bakat di sana.

“Ammar dan Anas terpilih ke akademi ini dan akan menjalani latihan di sana selama tiga hingga tujuh bulan di sana. Jika ada rezeki, mereka berdua mungkin berpeluang menyertai pasukan divisyen dua, tiga atau empat di Sepanyol.

“TNGS mengikuti saluran Youtube mereka sejak Amar menghubungi akademi itu menerusi Instagram pada Januari 2020. Kemudian pada April, TNGS menghubungi saya menerusi Zoom untuk membincangkan mengenai perancangan mereka berkaitan Amar dan Anas.

“Jadi TNGS kini mewakili mereka untuk perkembangan di Valencia,” katanya.

Sebagai rekod, Anas yang berusia 16 tahun adalah salah seorang peserta yang mewakili Malaysia ke Projek Impian Yakult (ADP) 2019 di Jepun yang menyaksikan dia berpeluang menjalani latihan bersama Cerezo Osaka.

Justeru, kejayaan Anas itu turut mendapat maklum balas daripada Presiden Cerezo Osaka, Hiroaki Morishima yang mengucapkan tahniah atas kejayaan anak muda terbabit.

“Tahniah Anas. Kami di Jepun teruja mengikuti perkembangan Anas. Kami turut menantikan kehadiran Anas di Liga Jepun dan bermain unutk Cerezo Osaka suatu hari nanti. Teruskan usaha dan selamat maju jaya” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada juga berbesar hati dan berbangga melihat perkembangan ini.

“Saya melihat Anas mempunyai bakat yang istimewa ketika beliau menyertai pemilihan ADP di Nilai dan terpilih untuk ke Jepun selepas itu. Meskipun tidak tersenarai dalam pemilihan kerana lewat mendaftar, dia tetap hadir di padang dan menunggu kekosongan yang ada.

“Saya melihat sikap tidak berputvs asanya bermula dari situ. Kami mendoakan yang terbaik untuk dia di Valencia,” katanya.

Sumber-BH