Khabar Kemunculan Sebuah Pasukan Baharu

KOTA KINABALU: Mungkinkah Sabah bakal mempunyai dua pasukan dalam persa!ngan liga bola s3pak Malaysia bermula musim ini?

Persoalan itu timbul berikutan khabar angin mengatakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Football Club Sdn Bhd (Sabah FC), Datuk Verdon Bahanda menubuhkan satu lagi pasukan baharu mewakili Sabah.

Pasukan baharu itu yang dinamakan Kinabalu Jaguar Football Club (Kinabalu Jaguar FC), muncul tidak lama selepas Verdon melepaskan jawatan dan pegangan sahamnya dalam Sabah FC, bulan lalu.

Beliau sendiri berkongsi pautan akaun Facebook Kinabalu Jaguar FC yang baru diwujudkan pada 27 Disember lalu melalui laman Facebook beliau bersama kata-kata ringkas mengenai pendiriannya dalam arena bola s3pak Sabah.

“Langkah ku tak akan terhenti dengan hal4ngan kecil yang dicipta oleh manusia… InSha Allah… amin,” tulisnya dalam akaun Facebook beliau, baru-baru ini.

Walaupun belum ada pengumuman rasmi setakat ini, ramai peminat di Sabah menyokong penubuhan Kinabalu Jaguar FC dan berharap ia dapat bers4ing dalam Liga Malaysia musim ini.

Ramai berpendapat tiada salahnya Sabah memiliki dua pasukan memandangkan jirannya, Sarawak memiliki Sarawak United dan Kuching City yang bakal beraksi dalam Liga Perdana.

Khabar angin mengenai penubuhan Kinabalu Jaguar FC diperkuatkan lagi dengan pengumuman Verdon mengenai pemilihan logo rasmi pasukan itu yang diputuskan akhir minggu lalu.

Beliau sebelum ini memuat naik ‘iklan’ meminta peminat menghasilkan logo Kinabalu Jaguar FC untuk dipilih sebagai logo rasmi berdasarkan undian ‘like’ paling banyak dalam laman Facebook pasukan itu.

Difahamkan, pasukan itu kini dalam peringkat akhir proses pemilihan pemain dan jurulatih yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Jika penubuhan Kinabalu Jaguar FC menjadi kenyataan selepas diterima badan induk bola sepak Malaysia, ia mungkin bermula dalam pers4ingan Liga M3.

Hari ini, Verdon memuat naik berita tidak rasmi dalam akaun Facebook beliau yang mengesahkan pasukan baharu itu bakal bermain dalam Liga M3.

“Unofficial!! Kinabalu Jaguar FC D’Jaguarian mendapat khabar yang kita akan memulakan sa!ngan dalam Liga M3 musim 2021… thank you so much,” katanya.

Jika menjadi kenyataan, Sabah bakal bers4ing dalam Liga Super menerusi skuad Sabah FC dan Liga M3 diwakili Kinabalu Jaguar FC pada musim ini.

Sumber-BH