Laporan : Terpaksa Pindahkan KJ Ke Kerusi Lain

Selepas bertapak selama tiga penggal, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilap0r akan ‘dipindahkan’ ke kerusi di luar Rembau pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Langkah itu akan diambil bagi membolehkan kerusi berkenaan ditandingi ketua Umno kawasan itu, Mohamad Hasan.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dipetik sebagai berkata dalam PRU akan datang dia tidak lagi bertanding di peringkat dewan undangan negeri.

“[…] ini kawasan saya dan sebagai ketua bahagian (Umno) saya menawarkan diri di sini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Sri Kota semalam.

Dipetik portal Malaysia Post, Mohamad berkata dia tidak tahu ke mana Khairy Jamaluddin akan diletakkan pada PRU akan datang. Pun begitu Mohamad yang juga timbalan presiden Umno membayangkan Khairy Jamaluddin tidak akan dibiarkan begitu saja.

Kata Mohamad, Khairy Jamaluddin tidak akan dibiarkan begitu saja sebaliknya kemungkinan akan diletakkan di sebuah kawasan lain yang dianggap selamat buat bekas ketua Pemuda Umno.

Khairy Jamaluddin dijangka diberi tugas untuk mer4mpas kembali kerusi Tampin yang kini diwakili Hasan Bahrom dari Pakatan Harapan (PH).

Ia dijangka tidak menjadi masalah besar kerana kedudukan Mohamad sendiri sebagai pengerusi Umno Negeri Sembilan.

Untuk rekod Khairy Jamaluddin, 46, merupakan salah seorang pemimpin berprofil tinggi sejak awal dia menyertai politik. Selain merupakan menantu kepada perdana menteri kelima Malaysia, pendekatan politik anak bekas diplomat itu juga berwarna-warni.

Dalam pemilihan Umno pada 2018, dia menawarkan diri bert4nding untuk jawatan presiden tetapi gagal apabila dikal4hkan anggota parlimen Bagan Datuk, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy Jamaluddin mula bert4nding di Rembau pada PRU ke-12 yang diadakan pada 2008.

Dia sekali lagi memenangi kerusi Rembau pada PRU ke-13 dengan mengal4hkan tiga calon lain.

Dalam PRU ke-14 Khairy Jamaluddin mempertahankan kerusi berkenaan dengan majoriti lebih 4,300 undi.

Akhir-akhir ini Khairy Jamaluddin menarik perhatian ramai apabila memberikan komen yang kurang disenangi sesetengah pihak mengenai bekas perdana menteri keenam, Najib Razak.

Antaranya Khairy Jamaluddin menyarankan agar Umno mengambil langkah ke depan apabila Najib didapati bersalah oleh mahkamah atas semua tujuh pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Menurut Khairy Jamaluddin masih ada sesetengah pihak yang berharap agar Najib kembali mengetuai Umno walaupun dia sudah didapati bersalah atas dakw4an salah guna kuasa, pec4h amanah dan pengub4han wang h4ram.

Mohamad berkata dalam PRU akan datang dia perlu bertanding di kawasan parlimen.

“Disebabkan (ada) dua orang dari satu tempat, kita kena berp4cah ke kawasan yang lain,” katanya.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/537935