Latihan Pilihan Ini Menjadi Penyelamat Pemain

KUALA LUMPUR: Latihan secara dalam talian jelas menjadi ‘penyelamat’ kepada pemain Liga Malaysia (Liga M), selepas mereka ketika ini tidak dibenarkan berlatih susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB).

Pemain PJ City FC, Mahali Jasuli mengakui sesi latihan secara dalam talian kini diwajibkan kepada semua pemain skuad The Phoenix sebanyak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.

Baginya, situasi itu sekurang-kurangnya dapat memastikan pemain mengekalkan tahap kecergasan memandangkan mereka tidak dapat mengadakan latihan bersama di padang sebelum ini susulan penul4ran COV!D-19.

“Buat masa ini hanya latihan dalam talian menjadi pilihan dan bolehlah membantu saya dan rakan-rakan daripada tidak ada buat apa-apa langsung.

“Latihan diadakan pada waktu pagi dan petang. Selain itu, saya rasakan pemain juga kena disiplinkan diri sendiri bagi memastikan tahap kecergasan boleh kekal berada di tahap terbaik.

“Apabila kami sudah boleh kembali menjalani latihan selepas ini, saya rasa semua pasukan juga kena ketatkan prosedur operasi standard (SOP) dengan mungkin mewajibkan pemain dan pegawai menjalani ujian cal!tan sekali atau dua kali sebulan biarpun tidak berg3jala,” katanya.

Situasi sama diakui pertahanan Pulau Pinang, Azmi Muslim yang melihat persediaan pasukan lebih tersusun ketika ini, sekalipun hanya dapat mengikuti program latihan secara dalam talian.

Jelas pertahanan berusia 34 tahun itu, pasukan kini tampak lebih matang untuk mengh4rungi cab4ran berbanding musim lalu yang menyaksikan mereka tidak dibenarkan menjalani latihan selepas PKP dikuatkuasakan di seluruh negara bermula Mac tahun lalu.

“Kita masih terk3jut dengan PKP pada tahun lalu dan kita juga tidak dibenarkan berlatih. Kita tidak jangka perkara itu berlaku, jadi ia mengambil masa untuk kita menyesuaikan diri.

“Tetapi tahun ini, kita sudah belajar daripada pengalaman terdahulu dan bersedia dengan pelbagai program latihan yang boleh diikuti secara dalam talian pada setiap hari.

“Bonus juga untuk kami apabila masih dibenarkan untuk keluar berjoging. Jadi kami dapat juga buat beberapa larian yang diperlukan untuk memastikan tahap kecergasan tidak terjejas”, katanya.

Sumber-BH