Lega, Bagaikan M4ti Hidup Semula

PEMAIN Terengganu FC (TFC), Muhamad Hafizal Alias dan pemain Terengganu FC II (TFC II), Dhiyaulrahman Mohd Hasry akui gembira dan lega mengenai perkembangan terbaru Liga Malaysia (Liga M) yang bakal bersambung semula pada 15 Ogos ini.

Pemain pertahanan itu menyifatkan liga berkenaan bagaikan m4ti hidup semula sekali gus menyaksikan hasrat mereka untuk kembali bers4ing dalam Liga Super dan Liga Perdana musim ini kembali bersinar selepas liga ditangguhkan bermula 16 Mac lalu bagi memb3ndung penvlaran wab4k pand3mik Covid-19.

Hafizal berkata, perkembangan itu adalah perkhabaran positif bagi semua pemain kerana masa yang ditunggu-tunggu hampir tiba walaupun perlu menanti sebulan setengah lagi untuk beraksi semula dalam sa!ngan liga.

“Ianya bagaikan m4ti hidup semula dan perkhabaran ini begitu positif buat kami yang tidak sabar lagi untuk beraksi biarpun tanpa penonton selepas sebelum ini harapan itu tampak hampir berkvbur memandangkan negara masih lagi berdepan dengan wab4k pand3mik Covid-19.

“Sejujurnya saya lega dengan perkembangan terbaharu ini malah lebih menggembirakan kami apabila semua pemain TFC sudah dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan selain tahap kecergasan kami sekarang dalam 90 peratus selepas lebih tiga bulan menjalani latihan sendiri di rumah.

“Insya Allah dalam seminggu lagi tahap kecergasan kami bakal mencapai 100 peratus dan kami sudah bersedia untuk kembali mewarnai semula pentas Liga Super dan semestinya saya mahu kemenangan dalam aksi pertama nanti untuk meng!ntai tiga kelompok teratas liga,” ujar Hafizal yang juga bekas pemain Harimau Muda A.

Bagi Dhiyaulrahman pula, dia juga lega dan positif kerana Liga Perdana adalah satu-satunya trofi yang menjadi impian skuadnya yang berstatus pasukan ‘feeder’ selepas Piala Cab4ran dibatalkan musim ini.

Dhiyaulrahman Mohd Hasry

Sumber-MH