Liverpool Harap “Bantuan Man City”

LIVERPOOL: Liverpool memerlukan bantuan Manchester City untuk menamatkan kem4rau 30 tahun kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas di!kat 0-0 oleh Everton.

Everton hampir mem3cah kebvntuan apabila remb4tan Tom Davies terkena tiang dan Alisson Becker menyelamatkan percubaan Dominic Calvert-Lewin bagi menafikan kemenangan pertama Blues dalam pertemuan tetangga Merseyside itu sejak 10 tahun lalu.

Liverpool kekal di landasan untuk menjuarai liga dengan kelebihan 23 mata ke atas pesa!ng terdekat City.

Reds berpeluang memastikan kejuaraan di laman sendiri men3ntang Crystal Palace Rabu ini sekiranya City kendalian Pep Guardiola terc!cir mata kepada Burnley awal pagi esok.

Bagaimanapun, jika City men3waskan Burnley dan Chelsea pada Khamis, peluang terdekat untuk Liverpool menjulang trofi ialah pada 2 Julai di laman l4wan.

“Kedua-dua pasukan menunjukkan yang mereka sedar ia adalah pertemuan tetangga walaupun tanpa penonton.

“Sengit, fizikal, semua pemain terbabit,” kata pengendali Liverpool Jurgen Klopp.

Pengendali Everton Carlo Ancelotti pula berkata: “Kami mempunyai dua atau tiga peluang untuk menjaringkan gol. Kami tidak bernasib baik.”

Sementara itu pertahanan Liverpool Virgil van Dijk gembira dapat kembali beraksi selepas liga tertangguh tiga bulan akibat pand3mik COVID-19.

“Semua orang tidak tahu apa yang boleh dijangkakan. Saya hanya gembira dapat kembali ke luar sana,” kata Van Dijk. – AFP

Sumber-BH