Luahan Isteri “Keadaan Tek0ng Bot” Selepas Kejadian Yang Tidak Diinginkan

T3KONG bot antara 12 individu yang terselamat dalam trag3di bot terbalik di Bachok, kelmarin, sehingga kini masih mer4cau dan berkali-kali menyatakan kekes4lan kerana gagal menyelamatkan m4ngsa yang men!nggal dunia.

Azhar Mat Nisah, 48, kini dir4wat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu dan masih dalam pemantauan pihak hospital berikutan keadaan m4ngsa yang travma.

Isterinya, Halifa Mohd Noor, 47, berkata, sehingga kini suaminya belum mampu bercakap dengan tenang mengenai apa yang berlaku.

“Sedih melihatkan keadaan suami yang dalam keadaan emosi tidak stabil. Sekejap-sekejap dia akan menangis sambil berkata rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan rakan yang l3mas termasuk awak-awak bot.

“Pihak hospital terp4ksa memanggil saya untuk menenangkan suami, namun keadaannya masih tidak stabil selain tidak mampu tidur kerana kejadian yang berlaku itu masih terbayang dalam fikirannya,” katanya ketika dihubungi.

Selain Azhar, anaknya, Ikram yang berusia 18 tahun juga masih menerima raw4tan di hospital berkenaan kerana tertelan air masin yang banyak sehingga menj3jaskan paru-paru.

Mengulas lanjut, Halifa berkata, itu kejadian pertama yang menimpa suaminya sejak puluhan tahun lalu terbabit dengan aktiviti di laut.

“Suami ada berkata kejadian berlaku begitu cepat dan ombak besar menyebabkan bot dinaiki mereka terbalik.

“Selama berpuluh tahun suami ke laut, inilah trag3di pertama yang menimpanya. Namun saya sentiasa mengingatkan apa yang berlaku adalah takdir Allah, bukannya salah suami,” katanya.

Dalam kejadian 8.30 malam kelmarin, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik akibat ombak besar dan r!but.

Susulan kejadian itu, 12 individu berjaya menyelamatkan diri dan lima individu ditemui men!nggal dunia iaitu Wan Aminuddin Wan Hussin, 63; Mohd Syafizam Daud, 43;

Muhammad Zaki Muhamad Nordin, 32; Pok Ta berusia 50-an dan Shafiq Che Alim, 29.

Tiga lagi yang masih hilang iaitu Harun Daud, 60; Arman Ismail, 43 dan Che Wadi B4kar, 40.

Sumber-MH