Luahan Luqman Buat Penyokong Malaysia

KUALA LUMPUR: Peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin mengakui kurang senang dengan sesetengah kom3n yang dibuat netizen Malaysia di lam4n sosial kelabnya, KV Kortrijk.

Justeru, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berharap rakyat negara ini boleh menjaga kelakuan dengan tidak memberikan kom3n yang kurang baik terhadap kelab itu.

Perkara itu diluahkan Luqman dalam satu video sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang disiarkan di lam4n sosi4l dan YouTube KV Kortrijk, semalam.

“Sejujurnya saya gembira dengan penyokong (Malaysia), tapi jujur juga saya tidak suka (komen seperti itu). Saya harap penyokong Malaysia bertenang. Masa saya (beraksi) akan tiba, tiada masalah.

“Saya hanya mahu mengatakan sesuatu kepada penyokong Malaysia, saya harap apabila membuat kom3n di media sosi4l, mesti jaga kelakuan.

“Saya tahu anda menyokong saya, tapi sekarang iaitu pada Jumaat (semalam), saya (baru) berusia 19 tahun, saya ada banyak masa, saya lima tahun di sini, jadi saya ada banyak masa.

“Jurulatih juga sentiasa membantu dan menyokong saya meningkatkan prestasi, tiada masalah, saya ada masa,” kata Luqman atau lebih dikenali sebagai Luqie dalam pasukannya.

Antara kom3n yang banyak dibuat netizen Malaysia termasuk ‘di mana Luqie’ dan ‘kami mahu Luqie’ apabila nama Luqman tiada dalam senarai skuad KV Kortrijk yang beraksi di liga Belgium.

Selain itu, Luqman turut menjelaskan bahawa dia gembira dengan kehidupan dan bermain bola sep4k di Belgium.

“Sekarang ini saya tidak terpilih berada dalam skuad (utama), tapi kadang-kadang selepas latihan sebelum perlaw4nan, kami ada latihan individu dengan jurulatih.

“Setiap kali latihan saya memberi 100 peratus dan jika jurulatih memberi peluang untuk bermain, saya juga akan berikan 100 peratus.

“Perkara biasa bagi pemain di bahagian ser4ngan, saya mahu mendapatkan g0l. Saya hanya berharap dapat bermain dan memberikan yang terbaik. Menyumbang j4ringan buat KV Kortrijk, saya mahu j4ringkan g0l,” katanya.

Sumber BH