Luahan Shahrul Buat Pasukan Beliau Terdahulu

Kota Bharu: Pemain pertahanan Kelantan FC, Mohd Shahrul Nizam Ros Hasni yang dilamar Terengganu FC (TFC) untuk menghadapi sa!ngan Liga Malaysia (Liga M) musim depan tidak akan melupakan jasa pasukan terdahulu.

Pemain berusia 22 tahun dari Bachok itu, hari ini menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan kendalian Mohd Nafuzi Mahamad Zain untuk memperkuatkan posisi pertahanan pasukan itu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kelantan FC kerana memberi peluang menabur bakti bersama pasukan negeri kelahiran saya.

“Terima kasih juga kepada ketua jurulatih Yusri Che Lah kerana memberi tunjuk ajar, keikhlasan dan kejujuran sangat saya hargai,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd Shahrul Nizam, beliau memilih untuk bersama TFC demi mendapatkan pengalaman baharu dan meningkatkan prestasi memandangkan pasukan itu kekal bersa!ng dalam sa!ngan Liga Super serta berpeluang beraksi dalam Piala AFC musim depan.

Pada sa!ngan Liga M musim ini, Mohd Shahrul Nizam menjadi pemain yang sering diberi kepercayaan oleh Yusri untuk bermain di posisi pertahanan tengah.

Bakat pemain yang mesra dengan panggilan ‘Nijey’ dalam kalangan rakan-rakan sepasukan, dikesan ketika menyertai skuad Piala Presiden Kelantan pada 2016 dan 2017 dan pada tahun berikutnya ketika menyertai pasukan Kelantan, Yusri menggilap corak permainan beliau sehingga terpilih mewakili skuad Bawah 23 kebangsaan pada 2018.

Dalam pada itu, Mohd Shahrul Nizam turut merak4mkan ucapan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberi sokongan kuat.

Sumber-MH