Luahan Tanpa Berselindung

Kuala Terengganu: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora tanpa berselindung meluahkan rasa gembira selepas anak buahnya berjaya menyerap tek4nan Terengganu FC (TFC) sebelum melakar kemenangan tipis 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, malam tadi.

Pengendali berusia 41 tahun itu menjelaskan lebih manis kejayaan itu semakin menghampiri pasukannya untuk membvru kejuaraan Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

“Saya gembira selepas anak buah berjaya mer4kam kemenangan berharga tanpa b0los, namun begitu aksi ini agak suk4r kerana pemain TFC memberi tek4nan hebat kepada kami dengan bermain tempo pantas dan intensiti tinggi.

“Begitupun pemain-pemain saya berjaya mengawalnya dan mengekalkan formasi pasukan sepanjang perl4wanan bagi mempertahankan kelebihan satu gol sekali gus memenangi aksi ini.

“Kita harap dapat terus mencapai kemenangan dengan Selangor di laman sendiri pada aksi seterusnya dan sedikit tuah untuk mencapai matlamat mempertahankan kejuaraan Liga Super dengan lebih cepat,” katanya ketika ditemui selepas tamat perl4wanan.

Pada perl4wanan itu, jar!ngan tunggal pemain kelahiran Terengganu dan kebangsaan, Safawi Rasid yang bijak memanfaatkan kesilapan komunikasi bent3ng pertahanan TFC pada minit kelima mengundang p4dah selepas t3was kepada skuad Harimau Selatan itu.

Kemenangan itu menyaksikan JDT terus gah di puncak liga dengan mengutip 19 mata, kelebihan lapan mata di hadapan Perak yang kini berada di tangga kedua dengan 11 mata, manakala TFC di tangga keempat dengan 10 mata.

Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Mexico itu akui peningkatan dipamerkan pemain TFC menyuk4rkan anak buahnya men3mbusi b3nteng pertahanan skuad Penyu itu.

“Pasukan dalam liga di Malaysia berkembang begitu juga dengan Terengganu, mereka bukan lagi pasukan sama seperti tahun lalu atau tahun sebelumnya.

“Sebaliknya mereka selalu melangkah di kedudukan terbaik sekali gus mampu meningkat lagi permainan, kami begitu menghargai perkembangan ini kerana kami juga mahu bermain dengan baik,” katanya.

Sumber-MH