Satu perlawanan yang sengit

Kedah memerlukan tiga mata selepas tewas kepada JDT, dan pemain importnya Kipre Tchetche berharap dapat melakukannya apabila bertemu bekas pasukannya, Terengganu malam ini.

Meskipun akan bertemu dengan rakan lamanya, pemain berusia 32 tahun itu tetap bersikap profesional dalam menghadapi perlawanan tersebut.

“Tugas utama saya adalah membantu membuat hantaran dan juga mel3dak gol,” katanya kepada Arena Metro.

“Dan yang penting, kita harus bergerak dan merancang secara berpasukan.

“Sebagai pemain, saya tetap bersikap profesional dan mahu mencari ruang terbaik untuk membantu Kedah mendapatkan gol dan memburu kemenangan pertama musim ini.

“Apatah lagi Kedah akan beraksi di Stadium Darul Aman kali ini dan pastinya dengan sokongan padu daripada seluruh penyokong yang hadir akan lebih meningkatkan semangat dalam usaha mencari tiga mata penting.”

Walaubagaimanapun, Kipre sudah mengenali corak permainan pasukan lamanya, dan berharap dapat mengambil kesempatan tersebut apabila bertemu pasukan itu nanti.

“Saya menjangkakan satu perlawanan yang seng!t memandangkan kedua-dua pasukan kini sangat mengharapkan tiga mata selepas gagal mendapatkan sebarang mata pada perlawanan sebelum ini.

“Terengganu memiliki barisan pemain yang bagus dengan kombinasi yang berpengalaman di segenap posisi dan ini perlu kita beri perhatian.

“Saya tetap yakin skuad Kedah akan beraksi dengan semangat serta kesungguhan yang tinggi seperti yang kita tunjukkan dalam perlawanan pertama ketika berdepan JDT.”

Sumber : vocket