Mahu Gugat JDT

KUALA LUMPUR: Kapten Perak, Shahrul Saad optimis pasukannya mampu menc4bar kejuaraan Liga Super musim ini daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) walaupun sa!ngan hanya akan berlangsung satu pusingan.

Tonggak pertahanan itu berkata format baharu yang dirangka Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dengan berbaki tujuh perlawanan untuk diharungi menjadi peluang terbaik buat pasukannya menamatkan penantian kejuaraan kali pertama Liga Super sejak diperkenalkan pada 2004.

“Melalui format satu pusingan ini, saya rasa boleh jadi satu peluang kepada kami dalam cuba dapatkan sesuatu dalam sa!gan Liga Super.

“Cuma kami tidak boleh terlepas sebarang mata memandangkan tidak banyak perlawanan yang tinggal selain mengharapkan kami kena pastikan rentak yang sama mampu diteruskan seperti di awal musim.

“Namun apa yang akan menjadi kuncinya nanti adalah sejauh mana pasukan cepat mendapatkan tahap kecergasan terbaik selepas berehat beberapa bulan. Perkara ini juga sedikit membimbangkan.

“Apa pun, sama ada Liga Super atau Piala Malaysia, matlamat utama kami adalah mahu mendapatkan tiket ke pertandingan ACL (Liga Juara-Juara Asia) dan Piala AFC selain memburu sebarang kejuaraan,” katanya.

MFL sebelum ini mengumumkan perancangan baharu untuk melangsungkan aksi Liga Super hanya satu pusingan selain format Piala Malaysia secara kalah mati sekiranya sa!ngan dapat disambung semula pada September ini.

Bagaimanapun perancangan itu masih tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila MFL akan mengemukakan permohonanan semula pada Jun depan.