Majlis Perkahwinan Yang Tampil Berbeza

MAJLIS perkahwinan Mohd Hanifa Mohd Zain dan Nurain Mohd Zuki tampil berbeza apabila pasangan itu di4rak 20 lori, hari ini.

Lori itu berkumpul di rumah pengantin lelaki di Kampung Lembaga di Gua Musang sebelum bergerak ke Bandar Utama.

Mohd Hanifa, 28, berkata, idea itu hasil muafakat rakan pemandu lori termasuk ahli Persatuan Lori Semenanjung Malaysia.

Dia berkata, lori datang dari Kelantan, Pahang, Perak dan Kuala Lumpur ber4rak sejauh enam kilometer dari rumahnya ke Bandar Utama sebelum berpatah balik.

“Saya memandu lori sendiri membawa isteri, Nurain, 23. Memang teruja apabila kami di4rak dengan konvoi 20 lori,” katanya.

Sementara itu, pengerusi penganjur pemilik lori pada majlis kenduri itu, Mohd Hishamuddin Muda berkata, usaha itu memberi kemeriahan luar biasa kepada pasangan pengantin dan menjadi kenangan buat mereka.

“Kita mengadakan perar4kan secara berkonvoi kepada pasangan itu dengan menggunakan lori tiga hingga tujuh tan,” katanya.

Sumber-MH