Mak Tinggalkan Ketupat , Rendang

“YA ALLAH, pagi ni subuh teringat sangat kat mak. Selalu mak duk (akan) mar4h kalau bangchik duk (kerap) bangun lambat sembahyang.

“Hari ini bangun mak dah tak ada. Tak ada lagi kelibat mak duk (sedang) cuci sangkar kucing, siram pokok bunga. Rindunya bangchik dengan mak.

“Tuhan saja yang tahu perasaan rindu dan sedih ini…terasa kehilangan yang sangat besar.”

Demikian luahan perasaan penyanyi Ezad Lazim di Facebook terhadap pemergian ibunya, Rosadah Jahaya, 69, yang meninggal dun!a semalam.

Rosadah, reb4h ketika mahu mengambil air sembahyang untuk solat Subuh di rumahnya di Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah.

Ezad yang dihubungi berkata, perasaannya sedikit terkilan kerana tidak pulang meraikan Hari Raya Aidiladha dengan ibunya baru-baru ini.

“Emak ada juga tanya tapi memandangkan saya dah balik selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat dan berada agak lama di kampung, saya buat keputusan ini.

“Semasa balik tempohari, saya bawa pula emak bersama untuk tengok rumah baru kami di Kota Warisan, Sepang. Itu kali pertama dia keluar selepas abah tiada setahun lalu.

“Lebih kurang seminggu juga emak berada di sini sebelum pulang ke Kedah. Selain itu, saya juga buat keputusan tak balik kampung masa raya kerana keadaan keses4kan lebuhraya yang teruk,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ezad, ibunya dapat menerima penjelasannya itu.

“Cuma saya tak sangka emak pergi meng3jut sebegini. Cuma sebelum ini emak memang beritahu rindukan arw4h abah dan bercakap ingin ikut abah.

“Saya ingatkan itu sekadar cakap-cakap biasa kerana emak tiada sak!t serius kecuali dar4h tinggi tapi stabil.

“Pagi semalam saya dikejvtkan dengan panggilan adik bongsu, Rizal yang menelefon sambil men4ngis beritahu emak tak sedarkan diri. Saya dah pan!k ketika itu,” katanya.

Ezad berkata, ibunya kali terakhir bercakap dengan kakaknya, Rozaimah menyatakan hasrat untuk melakukan badal haji serta kenduri arw4h sempena setahun pemergian ayah mereka 6 Ogos lalu.

“Abah men!nggal 6 Ogos 2019, manakala emak 7 Ogos (semalam), tapi tarikh kebvmi mereka adalah sama iaitu 7 Ogos.

“Emak selalu kata seronok tengok orang men!nggal hari Jumaat dan sekarang gilirannya. Saya terharu apabila ramai peminat mendoakan emak.

“Agak menyayat hati kerana emak ada buat ketupat dan rendang untuk kami kalau-kalau kami balik raya. Ketupat serta rendang itu masih ada disimpan dalam peti sejuk,” katanya yang masih menganggap peristiwa itu ibarat mimpi.

Sumber-MH