Makin Mel4mpau Warga Asing Ni

DENGAN hanya bermodalkan RM1,000, seorang lelaki Bangladesh boleh menikahi wanita warga tempatan dengan bantuan ‘tok kadi’ senegaranya yang menawarkan perkhidmatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Tindakan terd3sak itu hanya digunakan untuk ‘menghalalkan’ tindakan mereka menetap lebih lama di negara ini selain memudahkan urusan perniagaan yang bakal menggunakan identiti wanita tempatan dinikahinya.

Modus oper4ndi lic!k itu dikesan dilakukan dua lelaki Bangladesh dikenali sebagai Farouk dan Ali dengan menjadikan sebuah rumah di pangsapuri di S3ksyen 25 di sini, sebagai markas.

Difahamkan lokasi itu menjadi tumpuan sind!ket ber0perasi berikutan kawasan itu didiami ramai warga asing khususnya Bangladesh, Myanmar dan Nepal sejak beberapa tahun lalu.

Berperanan sebagai tok kadi, dua lelaki terbabit menawarkan perkhidmatan mereka kepada rakan senegara yang mahu bernikah dengan wanita tempatan tanpa perlu melalui prosedur ditetapkan pihak berkuasa agama negeri.

Mend3dahkan kegiatan itu, Pengerusi Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor, Datuk Nazilah Idris mend4kwa aktiviti tidak berm0ral itu dikesan selepas video dan gambar pernikahan itu tvlar di laman sosial sejak beberapa minggu lalu.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat diterima daripada persatuan penduduk pangsapuri, dua lelaki Bangladesh itu menyewa di sebuah rumah sejak beberapa tahun lalu namun kegiatan nikah ekspres itu disedari, baru-baru ini.

“Biasanya lelaki Bangladesh atau bakal pengantin lelaki ini mencari wanita tempatan berusia untuk dinikahi.

“Mereka anggap taktik itu memudahkan mereka untuk menjalankan perniagaan yang kini tidak boleh dikendalikan warga asing susulan tindakan t3gas kerajaan.

“Menerusi pernikahan itu mereka beranggapan hasrat menjalankan perniagaan lebih mudah kerana sudah beristerikan wanita tempatan walaupun tanpa sebarang dokumen pengesahan dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais),” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, wanita warga tempatan diberi nafkah bulanan kerana membenarkan identiti mereka digunakan dalam permohonan lesen.

“Sebarang masalah berkaitan pihak berkvasa tempatan diuruskan si isteri,” katanya.

Tambahnya, lelaki warga asing itu menggunakan alasan kedai diusahakan adalah milik isteri sekiranya pemeriksaan lanjut dijalankan.

“Kegiatan nikah pantas ini dikesan giat berlaku selepas pihak berkuasa tempatan (PBT) meny!ta perniagaan diusahakan warga asing termasuk individu yang menyal4hgunakan permit kerja di negara ini,” katanya.

Nazilah berkata, tindakan sedemikian perlu dik3kang secara menyeluruh kerana ia dikhuatiri akan memes0ngkan akidah umat Islam kerana pernikahan dijalankan tidak menepati syarat sah seperti ditetapkan.

Sumber-MH