Mana Mau Lari..

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) memohon bantuan orang awam menjejaki seorang lelaki warga Bangladesh dikenali sebagai Md Rayhan Kabir bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Imigresen dalam kenyataannya hari ini, memaklumkan lelaki berusia 25 tahun itu menggunakan pasport bernombor BW0974403 dengan alamat terakhir di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9, Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew 55200, Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh hubungi Penolong Pengarah Imigresen (PPI), Nurulmasha Nazlinan Hussin.

“Mereka juga boleh hubungi Bahagian Operasi Siasatan Pend4kwaan, Ibu Pejabat Imigresen di Putrajaya menerusi talian 03-88801298/1294 pada waktu pejabat dan 03-88801555 selepas waktu pejabat,” katanya.

Lelaki terbabit sebelum ini dikesan membuat pelbagai dakw4an p4lsu berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara ini menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penvlaran COVID-19.

Dia melemparkan tohm4han dan dakw4an tidak berasas itu menerusi kenyataan diberikannya kepada stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera, yang membuat laporan khas berhubung pendatang tanpa izin di negara ini.

Polis juga dilaporkan memulakan siasatan terhadap Al Jazeera susulan penyiaran dokumentari itu yang antara lain mend4kwa layan buruk Malaysia terhadap warga asing ketika berusaha meng3kang penul4ran COVID-19 menerusi langkah PKP.

Sumber-BH