Masaki Watanabe !ntai Peluang

Kuala Terengganu: Pemain import Terengganu FC II (TFC II), Masaki Watanabe mended4hkan dia mempunyai misi besar bersama skuad The Turtles itu biarpun beraksi dalam pentas Liga Perdana.

Pemain berusia 35 tahun kelahiran Kyoto, Jepun itu berkata, selain mahu menjul4ng Piala Cab4ran musim ini dan meng!ntai peluang menghuni di kedudukan teratas liga, dia juga mahu menjadi watak penting dan guru kepada pemain muda skuad itu.

“Pilihan saya bersama pasukan ini (TFC II) adalah tepat kerana bukan sahaja suasana yang bagus tapi pemain muda dalam skuad ini juga berkualiti yang bakal menjadi aset berharga buat masa depan pasukan Terengganu.

“Selain itu barisan jurulatih yang diketuai Badrul Afzan Razali dan pembantunya, Subri Sulong juga bagus, bagi saya elemen berkenaan bakal menjadi senjata kekuatan pasukan ini.

“Justeru harapan saya sudah tentu untuk membantu pasukan memenangi kejuaraan selain menjadi tenaga pengajar kepada pemain muda,” kata Watanabe ketika ditemui selepas majlis menandatangani kerjasama antara Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd dengan syarikat pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia di pejabat TFC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

Ketika ditanya posisi yang menjadi kegemarannya, bekas pemain Kelantan itu berkata, pengalamannya yang sudah menyarung jersi lima kelab di negaranya selain tiga pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) bermula Perlis, FELDA United dan Kelantan menambah lagi keyakinannya untuk diletakkan mana-mana posisi yang diperlukan jurulatih pasukan.

“Posisi saya pertahanan tengah, tapi saya juga boleh beraksi di bahagian tengah, terpulang kepada pasukan, jika bagi saya di posisi peny3rang pun boleh,” katanya.

Mengenai kerjasama TFC Sdn Bhd dengan Yakult, pemain berketinggian 1.81 meter itu menyambut baik bagi memastikan pemain dalam Liga M mampu melangkah lebih jauh sebagaimana beberapa pemain kelahiran Jepun yang berkelana di Eropah menyarung kelab gergasi di sana.

Sumber-MH